Home » , » Kompres Hangat

Kompres Hangat

Posted By Dennelton on Tuesday, April 15, 2014 | 00:34

Penjelasan: Kompres hangat yang dilakukan selama beberapa jam.

Hasilnya:
  1. Mengendurkan otot-otot.
  2. Menghilangkan rasa sakit pada kerongkong atau sendi-sendi reumatik.
  3. Menghilangkan rasa tidak selesa pada perut (gunakan pembalut perut lembap).
  4. Mengurangi inflamasi sendi (peradangan pada sendi).
  5. Memberikan kesan kehangatan yang lembut (menyenangkan).
Benda-benda yang diperlukan:
  1. Sehelai kain kapas ("cotton"), dilipat cukup tebal, kira-kira 5 cm lebar dan cukup panjang untuk dilingkarkan pada leher atau sendi sebanyak dua kali. Boleh juga digunakan sapu tangan wanita (yang berukuran kecil dan tipis), dilipat memanjang, jika hendak digunakan untuk kerongkong.
  2. Sehelai kain flanel, lebar 10 cm panjang untuk membungkus sendi atau leher. Sehelai selimut flanel bayi ataupun lampin, dilipat memanjang (membujur), sesuai sekali untuk lutut.
  3. Dua jarum peniti.
  4. Jika kompres berubat dianjurkan doktor, gunakan ubat tersebut. Vicks Vaporub boleh juga digunakan.
Cara:
  1. Basahi kain dengan air paip. Pulas dan lingkarkan pada leher atau sendi dua kali. Pastikan bahawa kain basah itu tidak terlalu basah (agar tidak menitis) , juga tidak terlalu kering. Jika yang digunakan adalah kompres berubat, gosoklah bahagian yang perlu dirawat dengan ubat atau salap menurut preskripsi. Jangan basahi kain dengan air tetapi bungkuskan kain pada bahagian tersebut setelah ubat disapukan.
  2. Lakukan kompres secara tersusun dan cepat untuk menghindari kesejukan.
  3. Dengan sehelai kain flanel, bungkuskan kompres tersebut rapat-rapat untuk menghindari udara dan gunakan peniti agar tidak terbuka.
  4. Biarkan kompres semalaman atau sekurang-kurangnya 6-8 jam.
  5. Kompres janganlah terlalu dibuat ketat agar tidak mengganggu peredaran darah dan pergerakan sendi.
  6. Gosok bahagian itu dengan sehelai kain yang telah dipulas dari air sejuk (air paip) dengan segera selepas membuka kompres pada pagi hari atau setelah 6-8 jam.
  7. Keringkan bahagian itu dengan saksama. Kompres boleh dilakukan sekali atau dua kali sehari.
Perhatian:

Kompres panas sangat baik dilakukan sebelum tidur.
~Tanaman Herba Penyembuh Ajaib~
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger