Home » , , » Tempat percutian menarik banyak di Sandakan

Tempat percutian menarik banyak di Sandakan

Posted By Dennelton on Friday, July 24, 2015 | 18:51

PEMANDANGAN Pulau Berhala yang tenang.
SANDAKAN merupakan bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu yang mempunyai banyak
tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi oleh pelancong dari seluruh Malaysia mahupun dari luar negara.

Keindahan yang terdapat di Sandakan bukan sahaja dari kehijauan hutan,kebiruan laut tetapi kepelbagaian kaum etnik,makanan,tarian tradisional dan kraftangan yang unik juga menjadi salah satu tarikan yang kuat kepada pengunjung yang datang ke Sandakan.

Mendaki Anak Tangga Seratus akan membawa anda menikmati pemandangan indah Sandakan dan teluknya. Pendakian itu juga akan membawa anda ke Rumah Agnes Keith iaitu kuarters kerajaan British yang didiami penulis Amerika terkenal, Agnes Newton Keith yang menulis buku Land Below The Wind pada 1939.

Dari bangunan tinggalan kolonial seperti Rumah Agnes Keith dan Rumah Teh Inggeris (English Tea House) seterusnya ke rumah-rumah ibadat seperti Gereja St Michaels & All Angels, Kuil Sam Sing Kung (Tiga orang alim) dan Kuil Goddess of Mercy , perjalanan sepanjang itu mampu mengimbau kembali kehidupan 100 tahun dahulu kepada pengunjung yang mengamati suasana tapak bersejarah itu.

Dengan menggunakan bot laju pelancong dapat menikmati keindahan laut dengan air yang jernih serta dapat melihat kepelbagaian jenis ikan seperti di Pulau Selingan,Pulau Gulisan dan Pulau Bakungan yang merupakan pulau-pulau terutama di Timur Selatan Asia, yang menjadi tumpuan penyu seperti “Green Turtles” dan “Hawksbill Turtles” untuk bertelur. Selain menikmati keindahan pulau pada waktu siang pelancong pula dapat melihat detik penyu bertelur pada waktu malam.

Suasana indah dan cantik dapat juga dinikmati di pulau-pulau lain seperti Pulau Lankayan, Pulau Penyu (Turtle Island Park) dan Pulau Berhala kerana keselesaan, kebersihan dan keselamatan yang terdapat di pulau-pulau percutian di Sandakan tidak lagi menjadi masalah untuk pelancong.

GERBANG selamat datang, Pusat Pemuliharaan orang utan.
Selain keindahan laut, pelancong dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu hutan hujan tropika yang dikenali Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan. Dengan keluasan tapak 43 kilometer persegi, Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara. Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan.

Jadual percutian pelancong tidak akan lengkap jika tidak berkunjung ke satu-satunya taman buaya yang terdapat di Sabah iaitu Taman Buaya, Sandakan (Sandakan Crocodile Farm) yang keseluruhannya mempuyai lebih kurang 3,000 ekor buaya. Selain buaya, Taman ini juga mempamerkan beraneka jenis binatang dan ikan-ikan tropika yang cantik dan besar seperti ikan Amazon seberat 100 kilogram (kg).

Selain berpeluang menyaksikan secara dekat reptilia terbesar di Sabah, taman itu juga turut menawarkan beberapa tarikan lain termasuklah pertunjukan buaya dan ular. Taman Buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan.

Pelbagai lagi kawasan pelancongan terdapat di Sandakan yang boleh diterokai oleh pengunjung seperti Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Taman Perikanan Jaya, Australian Memorial dan bermacam lagi dan semuanya ada di Sandakan Sabah, Malaysia. OLEH ALIZA ALAWI (alawi.aliza@gmail.com)
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger