Home » , » Kontroversi sengit novel kedua Harper Lee

Kontroversi sengit novel kedua Harper Lee

Posted By Dennelton on Monday, February 9, 2015 | 08:49

Seminggu selepas HarperCollins mengejutkan dunia sastera dengan berita bahawa novelis Harper Lee yang berumur 88 tahun itu akan menerbitkan novel kedua, telah mencetuskan kontroversi sengit.

Lebih daripada setengah abad selepas mendapat kejayaan dari buku beliau berjudul “To Kill a Mockingbird,” kedua-dua peminat dan penulis bangga dan terkejut mendengar bahawa Lee telah menerbitkan novel yang lain.

Mereka lebih terkejut apabila mengetahui bahawa ia merupakan manuskrip yang hilang ditulis 60 tahun lalu selepas seorang penyunting beritahu kepada novelis muda agar menyusun semula buku itu menjadi “Mockingbird.”

“Go Set a Watchman,” disiapkan pada pertengahan 1950-an, mempunyai ramai watak-watak sama seperti “Mockingbird” dan telah ditemui di antara kertas beliau oleh peguam Tonja Carter.

Tetapi adakah Lee, yang mengalami strok pada tahun 2007 dan kerap sekali mengatakan beliau tidak akan menerbitkan sebuah novel lagi, gembira tentang manuskrip itu, yang sudah lama hilang, akan memberi kejayaan?

Ia juga diketahui umum bahawa Lee tidak mempunyai penglihatan yang baik dan pekak. Beliau mula tinggal di rumah penjagaan sejak tahun 2007.

Blog gosip Gawker memetik Carter sebagai berkata bahawa kliennya kadang-kadang menandatangani sesuatu yang “beliau tidak faham.”

Khabar angin tersebar dan Carter mempertahankan, memberitahu The New York Times bahawa beliau telah dimanipulasi terhadap dakwaan yang mengatakan Lee “sangat marah dan dihina".

“Beliau seorang wanita yang sangat kuat, berdikari dan jujur harus menikmati penemuan novel beliau yang sudah lama hilang,” Carter beritahu akhbar itu melalui e-mel dan mesej teks.

“Sebaliknya, beliau terpaksa mempertahankan kredibiliti sendiri dan membuat keputusan.”

Carter telah mengeluarkan kenyataan awal memberitahu peminat bahawa Lee “gembira seperti neraka” tentang buku yang baru tersebut

Media AS berminat tentang cerita itu, memetik rakan-rakan dan penyokong Lee sebagai saksi mengenai keadaan dan sifat jujur beliau, atau menimbulkan keraguan dan spekulasi.

Lee, yang jarang bercakap dengan media, berkata melalui HarperCollins, bahawa beliau “merendah diri dan kagum” tentang menuskrip yang diterbitkan selepas bertahun-tahun hilang.
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger