Home » , » Berjoging secara ringan langkah terbaik panjangkan umur: Kajian

Berjoging secara ringan langkah terbaik panjangkan umur: Kajian

Posted By Dennelton on Monday, June 29, 2015 | 22:37


Senaman berat seperti berlari dengan pantas mungkin berbahaya terhadap kesihatan anda dari masa ke masa, menurut satu kajian Denmark bahawa berjoging secara ringan adalah yang terbaik untuk memanjangkan umur.

Orang yang tidak berjoging sama seperti orang yang berjoging terlalu berat dan kerap, menurut kajian 12 tahun dalam jurnal American College of Cardiology.

Tetapi orang-orang yang berjoging secara ringan, antara satu dan 2.4 jam seminggu, tidak akan berkencederungan meninggal dunia secara tiba-tiba, menurut penemuan itu berdasarkan 1,098 orang yang berjoging cara sihat dan 413 mempunyai kesihatan yang baik tetapi tidak aktif dan juga tidak gemar berjoging dalam Kajian Jantung di Bandar Copenhagen.

Penyelidik telah merekod masa berjoging, kekerapan dan kadar persepsi individu. Kekerapan optimum untuk berjoging tidak lebih daripada tiga kali seminggu, dan kadar kematian kurang kepada orang yang berjoging sederhana berbanding pelari pantas.

“Ia penting untuk menekankan bahawa orang yang berjoging sederhana seperti kita melakukan senaman ringan dan orang yang berjoging laju seperti melakukan latihan yang sangat berat,” kata Peter Schnohr, seorang penyelidik dari Kajian Jantung di Bandar Copenhagen, Hospital Frederiksberg di Copenhagen, Denmark.

“Apabila dilakukan selama beberapa dekad, tahap aktiviti ini boleh menimbulkan risiko kesihatan, terutama terhadap sistem kardiovaskular.”

Kajian lepas mendapati korelasi yang sama tentang senaman ringan dan sederhana akan memanjangkan umur, dan juga risiko kematian yang lebih tinggi dikaitkan dengan latihan bertenaga.

“Jika matlamat anda adalah untuk mengurangkan risiko kematian dan meningkatkan jangka hayat, berjoging beberapa kali seminggu pada kadar yang sederhana adalah strategi yang baik,” kata Schnohr.

“Apa-apa yang lebih bukan sahaja tidak perlu, ia boleh mendatangkan bahaya.”
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger