Home » » Lelaki New York dibayar RM24.4 juta kerana 25 tahun dalam penjara

Lelaki New York dibayar RM24.4 juta kerana 25 tahun dalam penjara

Posted By Dennelton on Sunday, June 28, 2015 | 16:56

Jonathan Fleming (tengah).
Pihak berkuasa New York bersetuju untuk membayar $6.25 (RM24.4) juta pampasan kepada seorang lelaki tidak bersalah yang telah menghabiskan hampir 25 tahun meringkuk di dalam penjara ke atas pembunuhan yang beliau tidak lakukan.

Jonathan Fleming, 53, dibebaskan pada April 2014 apabila jenayahnya digugurkan oleh peguam daerah Brooklyn selepas menghabiskan hampir separuh hidupnya dalam penjara.

Beliau telah didapati bersalah pada Ogos 1989 kerana menembak seorang rakan yang tinggal dengan keluarganya di Orlando, Florida pada masa pembunuhan itu.

“Encik Fleming menghabiskan hampir separuh hidupnya dalam penjara hanya kerana satu jenayah yang beliau tidak mungkin lakukan,” kata pihak berkuasa bandar New York Scott Stringer pada Selasa.

“Kami tidak boleh memberikan semula masa kepada hidup beliau, tetapi bandar New York boleh membayar pampasan kepada Jonathan Fleming ke atas ketidakadilan yang telah dilakukan terhadapnya.

Fleming pergi ke hospital untuk melihat ibu yang sedang sakit tenat selepas menandatangani penyelesaian itu, kata peguamnya Paul Callan dan Martin Edelman.

“Penyelesaian pantas akan membolehkan Jonathan dan keluarganya membina hidup baharu tanpa prospek yang menyakitkan,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger