Home » , , » 10 taufan paling ganas dalam sejarah dunia

10 taufan paling ganas dalam sejarah dunia

Posted By Dennelton on Sunday, December 16, 2018 | 15:49

10. Taufan Vera (1959) -190 mph (305 km/h)

Taufan Vera (Taufan Isewan) yang melanda Jepun pada 20 September dan berlangsung selama sembilan hari telah membantut pertumbuhan ekonomi Jepun yang ketika itu masih dalam pemulihan selepas perang dunia kedua. Kerosakan ini dianggarkan bernilai AS$600 juta dan membunuh 5,098 orang. Ketika inilah sistem bantuan dan pengurusan bencana Jepun mula ditubuhkan.

9. Taufan Allen (1980) -305 km/h

Taufan Allen yang melanda Caribbean, timur dan utara Mexico, dan selatan Texas pada Ogos 1980
telah menyebabkan kerosakan bernilai AS$3.6 bilion dan mengorbankan seramai 290 orang. Taufan ini berlangsung selama 11 hari dan membawa angin kencang sehingga 190 mph (305 km/h). Allen juga menghasilkan beberapa tornado dan ombak setingga 12 kaki di sepanjang pantai Texas.

8. Taufan Tip (1979) -305 km/h (190 mph)

Taufan Tip, dikenali di Filipina sebagai Taufan Warling, terbentuk ketika musim monsun pada 4 Oktober berhampiran Pohnpei dan membawa angin maximum 305 km/h (190 mph) selepas melalui Guam. Tip, yang mampu bertahan selama 20 hari, menjejaskan beberapa kawasan termasuk di Filipina, Korea, Jepun, China, Russia dan Alaska. Ia menyebabkan 13 terbunuh dan mencederakan 68 anggota marin di kem Fiji di Jepun manakala di tempat lain 42 kematian akibat banjir dan 44 terbunuh atau hilang disebabkan kapal karam. Jumlah kerugian akibat taufan ini dianggarkan sebanyak berjuta-juta dolar.

7. Taufan Joan (1959) -315 km/h (195 mph)

Taufan Joan pada mulanya dikelaskan sebagai ribut tropika apabila terbentuk di Pasifik Barat pada 25 Ogos sebelum membawa angin kencang sehingga 314 km/h (195 mph) pada 29hb ketika menghampiri Taiwan. Joan menyebabkan banjir besar dan membunuh kira-kira 11 orang serta menimbulkan kerugian sebanyak AS$3 juta dalam sektor pertanian. Kerosakan harta benda juga teruk, dengan 3,308 rumah dimusnahkan dan di China sekurang-kurangnya 3 orang terbunuh dan 57 cedera. Taufan ini bertahan selama enam hari.

6. Taufan Kit (Emang) (1966) -315 km/h (195 mph)

Taufan Kit mula terbentuk pada 20 Jun berhampiran Negeri Chuuk di Micronesia dan berakhir pada 29 Jun selepas membadai Jepun. Kit (Emang) mencetuskan kejadian tanah runtuh dan banjir yang buruk. Sebanyak 433 daripada kira-kira 128,000 rumah yang terjejas telah musnah dan sekurang-kurangnya 64 orang terbunuh manalaka 19 disenaraikan hilang.

5. Taufan Meranti (2016) -315 km/h (195 mph)

Taufan Meranti, dikenali di Filipina sebagai Taufan Ferdie, telah membadai tiga negara iaitu Filipina, Taiwan dan China. Meranti mula terbentuk pada 8 September di pulau Guam dan bertahan selama sembilan hari. Pada 13 September taufan ini mencapai angin maximum selaju 195 mph (315 km/h) dan mengundang kerugian sebanyak AS$4.8 bilion serta mengorbankan sekurang-kurangnya 47 orang.

4. Taufan Ida (1958) -325 km/h (200 mph)

Taufan Ida, juga dikenali sebagai Taufan Kanogawa, terbentuk di Pacifik Barat berhampiran Guam pada 20 September dan berlangsung selama 10 hari. Ia membawa hujan lebat di selatan Jepun sehingga menyebabkan 1,900 kejadian tanah runtuh. Kerugian dianggarkan sebanyak AS$50 juta dan kematian sekurang-kurangnya 1,269 orang. Ida mencapai angin maximum 325 km/h (200 mph).
3. Taufan Violet (1961) -335 km/h (205 mph)

Pembentukan taufan Violet pada mulanya dikesan di barat daya pulau Marcus di Pasifik pada 2 Oktober. Lima hari kemudian Violet mencapai kelajuan maximum sehingga 205 mph (335 km/h) ketika bergerak ke arah Jepun dan bertahan selama 8 hari. Bagaimanapun kerosakan dan kematian akibat taufan ini masih tidak jelas.


2. Taufan Patricia (2015) -345 km/h

Taufan Patricia pada mulanya terbentuk berhampiran Teluk Tehuantepec, selatan Mexico, pada 20 Oktober 2015 sebelum mencapai angin selaju 345 k/mh (215 mph). Taufan ini menyebabkan kerugian sebanyak AS$450 juta tetapi hanya mengorbankan 6-8 orang sahaja. Patricia berakhir selepas empat hari membadai.

1. Taufan Nancy (1961) -345 km/h

Taufan Nancy adalah siklon tropika paling kuat yang pernah dicatatkan di dunia. Ia menyebabkan kerosakan bernilai AS$500 juta dan membunuh sekurang-kurangnya 191 serta mencederakan beribu-ribu orang di Jepun pada September 1961. Nancy bertahan selama 15 hari dan membawa angin maximum 215 mph (345 km/h).
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger