Home » » Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Sabah anjur program derma darah di Kota Marudu

Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Sabah anjur program derma darah di Kota Marudu

Posted By Dennelton on Sunday, February 3, 2019 | 10:15


TURUT HADIR …. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Maikolon Mamindong (empat kiri), Pengerusi Pendarah Kota Marudu, Mohd Zahir (lima kiri), bersama Ketua Wanita PKR, Jacktah Emmy Gipin (lapan kiri) dan Timbalan Ketua Wanita, Jupira Rasat (sembilan kiri).
KOTA MARUDU: Program derma darah anjuran Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Sabah dan Sabah Welfare Society dengan kerjasama Hospital Lotong serta Gabungan Belia Kota Marudu yang diadakan di perkarangan Dewan Komuniti hari ini (3 februari 2019) dapat sambutan menggalakkan.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Marudu yang juga penyelaras program, Jacktah Emmy Gipin berkata, objektif kempen tersebut khasnya adalah untuk membantu Hospital Lotong Kota Marudu mengumpul bekalan darah yang diperlukan dalam sebulan.

“Kita difahamkan bahawa Unit Transfusi Darah Hospital daerah ini memerlukan stok darah sekurang-kurangnya 200 pain dalam sebulan bagi membantu pesakit Talasemia seramai 120 orang dan selebihnya untuk kegunaan kecemasan,” katanya ketika memberi ucapan perasmian.

Beliau turut berharap komitmen berterusan daripada semua pihak terutama para penderma untuk membantu pihak hospital menampung keperluan itu.

Menurut Juruteknik Tabung Darah, Jaimon Majumba, pihak hospital sering kekurangan bekalan darah dan tidak pernah mencukupi.

Oleh itu, ujarnya, program sedemikian adalah sangat membantu pihak hospital.

Selain program derma darah, beberapa acara termasuk cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan fesyen kanak-kanak dijalankan untuk memeriahkan lagi suasana kempen. OLEH KETUA PENERANGAN AMK P.168
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger