Home » , » Herpes dan Hiperasiditi (Sakit Gastrik)

Herpes dan Hiperasiditi (Sakit Gastrik)

Posted By Dennelton on Sunday, January 19, 2014 | 09:35

Herpes Simplex adalah penyakit virus yang akut, yang ditandai oleh kelompok gelembung-gelembung kecil serta lepuhan. Sebagai suatu penyakit berulang, herpes sering muncul pada tempat di mana ia terlihat sebelumnya.

Perawatan dengan tanaman herba

1. Mandi setiap hari dengan sabun dan air hangat.

2. Sari Kemboja (Plumeria Acuminata Ait.)
  • Peras sari dari daun Kemboja.
  • Tempelkan pada luka, 3 kali sehari.
3. Kulit batang serta daun Oleander (Nerium Oleander.)
  • Campurkan 1 cawan daun dan kulit dicincang dengan 2 sudu makan minyak kelapa.
  • Gosok pada luka 3 kali sehari.
viral disease digestive acids in stomach4. Daun Gelenggang (Cassia Alata L.)
  • Peras sari dari daunnya.
  • Gosokkan sari pada luka.
5. Sengkuang (Pachyrrhizus Erosus Linn.)
  • Parut hingga halus beberapa buah sengkuang dan rebus dalam 2 sudu makan minyak kelapa selama 5 minit.
  • Bubuhkan minyak pada luka. 3 kali sehari.

Hiperasiditi adalah akibat pengeluaran asid pencemaan perut secara berlebihan yang dapat disebabkan oleh ketegangan fikiran, kelaparan, dan berbagai hal.

Saran untuk menghilangkan gejala-gejala ini:
  1. Belajar menenangkan diri serta bersenam selalu.
  2. Makan pada waktu yang teratur.
  3. Minum di antara dan bukan di waktu makan.
  4. Jangan makan makanan berempah dan pedas.
Pengubatan dengan tanaman herba:

1. Sari lobak merah dan kubis bulat
  • Cuci dan hiris sebuah lobak merah besar dan ¼ kilo kubis bulat. Gaulkan dengan "blender", 2 gelas air dengan campuran lobak merah dan kubis tersebut. Saring dan tambahkan 1 sudu makan gula. Kalau mahu, tak perlu gula.
  • Simpan dalam peti sejuk. Persiapkan hanya untuk sehari.
  • Minum satu gelas sari lobak merah dan kubis 30 minit sebelum makan, dan apabila terasa sakit pada perut.
2. Minyak Zaitun
  • Minum 1 sudu teh minyak zaitun 30 minit sebelum makan bagi gejala-gejala yang berat.
  • Perhatian: Lakukan ini hanya apabila ada gejala. Minyak Zaitun boleh meningkatkan kolesterol dalam darah.
~Tanaman Herba Penyembuh Ajaib~
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger