Latest Post
Showing posts with label hot articles. Show all posts

23:27
Puluhan bayi mati akibat kurang nutrisi, campak di Papua tahun 2017
Posted By Dennelton on Sunday, January 21, 2018 | 23:27
Puluhan bayi meninggal dunia di wilayah paling timur Indonesia di Papua akibat kekurangan zat makanan dan campak tahun lalu, menekankan kekurangan rawatan perubatan di kawasan pedalaman.
Jumlah kematian yang tinggi berlaku selepas Presiden Joko Widodo berikrar pada tahun 2014 mengumumkan untuk meningkatkan infrastruktur di pulau itu yang dikongsi bersama dengan Papua New Guinea.
Sekurang-kurangnya setakat permulaan tahun ini 59 kanak-kanak meninggal dunia akibat campak dan kekurangan zat makanan di wilayah Asmat, yang sangat memerlukan doktor, kata seorang jurucakap tentera Papua, Muhammad Aidi.
Sebagai respons, tentera mengarahkan pasukan perubatan dan kakitangan tambahan untuk membekalkan penduduk kampung dengan vaksin, ubat, peralatan perubatan dan makanan berkhasiat, tambah Aidi.
Kira-kira 129,000 orang tinggal di Asmat, sebuah kawasan berpayah mempunyai sungai yang hanya boleh dilalui menggunakan helikopter dan bot dari ibu kota Papua di Jayapura.
“Wilayah ini terpisah dari bahagian lain di Papua kerana kekurangan infrastruktur,” kata Aidi.
Indonesia menakluki Papua yang kaya sumber asli pada tahun 1960-an, tetapi ia masih sebuah negara tidak membangun.

Labels:
hot articles
01:10
Hampir 70 saluran media ditutup di Venezuela tahun 2017
Posted By Dennelton on Friday, January 5, 2018 | 01:10
Venezuela menyaksikan hampir 70 akhbar, stesen TV dan radio ditutup tahun 2017 manakala serangan terhadap wartawan meningkat, kata Kesatuan Kebangsaan Pekerja Media (SNTP).
Sebanyak 46 stesen radio, tiga saluran televisyen dan kira-kira 20 akhbar ditutup tahun 2016.
Kesatuan itu juga mencatatkan sebanyak 498 serangan terhadap wartawan dan 66 tangkapan.
Ia menyifatkan usaha kerajaan Presiden Nicolas Maduro untuk “menutup ketidakpuasan mengenai keadaan ekonomi dan sosial yang semakin buruk,” termasuk hiperinflasi dan kekurangan barangan asas seperti makanan dan ubat-ubatan.
Jumlah serangan ke atas wartawan meningkat 26.5 peratus pada 2016, selepas 360 tindakan agresif terhadap pekerja media dicatatkan, kata kesatuan itu.
Kebanyakan serangan berlaku semasa demonstrasi jalanan anti-kerajaan antara bulan April dan Jun, yang mengorbankan 125 orang, kata SNTP. Ia juga mengatakan bahawa kira-kira 70 peratus daripada kematian disebabkan tindakan oleh pihak polis atau angkatan bersenjata.
Maduro dan pembantunya telah mengecam media tempatan dan antarabangsa yang dikatakannya menjalankan “kempen kotor” dan “propaganda perang” untuk menyasar kerajaan.
Penyiar terpaksa untuk menutup siarannya selepas lesen mereka tamat tempoh dan tidak dikeluarkan semula, sementara banyak akhbar tidak dapat membeli kertas, yang pengedarnya diuruskan oleh syarikat dikawal oleh kerajaan.
Akhbar-akhbar yang dapat mengekalkan operasi terpaksa memotong jumlah halaman dan cetakan, kata kesatuan itu.
Operasi media antarabangsa juga bergelut tindakan kerajaan; Siaran bahasa Sepanyol CNN, serta saluran dari kejiranan Colombia, telah dikeluarkan daripada pakej atas perintah rejim Maduro.

Sumber AFP
Labels:
hot articles
17:56
Wilayah Amerika Latin, Caribbean paling ganas di dunia bagi wanita: PBB
Posted By Dennelton on Monday, November 27, 2017 | 17:56
Amerika Latin dan Caribbean adalah wilayah yang paling ganas di dunia bagi wanita, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekankan Amerika Tengah dan Mexico sebagai negara paling berbahaya.
Dalam satu laporan dikemukakan di Panama, Wanita PBB dan Program Pembangunan PBB (UNDP) mendapati serangan terhadap wanita masih berterusan di wilayah itu walaupun terdapat undang-undang yang membendung kejadian tersebut.
“Isu keganasan terhadap wanita di Amerika Latin adalah kritikal. Ia adalah wilayah yang paling ganas di dunia terhadap wanita di luar konteks konflik,” kata Eugenia Piza Lopez, ketua misi jantina UNDP di Amerika Latin.
Kadar keganasan seksual terhadap wanita di luar hubungan adalah tertinggi di dunia di wilayah itu, menurut laporan yang dinyatakan.
Tiga daripada 10 negara dengan kadar rogol tertinggi terhadap wanita adalah di Caribbean, katanya.
Femicide – pembunuhan ke atas wanita – berlaku pada skala “yang tinggi” di Amerika Tengah, menjelaskan bahawa dua daripada tiga wanita dibunuh kerana jantina mereka.
“Di beberapa negara ia menjadi krisis yang teruk. Di Northern Triangle (Honduras, El Salvador dan Guatemala) dan Mexico isu pembunuhan dan keganasan terhadap wanita telah mencapai tahap epidemik, dalam banyak kes dikaitkan jenayah terancang,” kata Piza-Lopez.
Northern Triangle Amerika Tengah dianggap kawasan paling berbahaya di dunia di luar zon perang, kebanyakannya kerana diselubungi kekejaman kartel dadah dan kumpulan jenayah yang lain.
Laporan PBB menyatakan bahawa 24 daripada 33 negara di Amerika Latin dan Caribbean mempunyai undang-undang terhadap keganasan domestik, tetapi hanya sembilan daripadanya telah meluluskan undang-undang yang menangani pelbagai bentuk keganasan lain terhadap wanita.
Walaupun langkah-langkah telah diambil, keganasan terus menjadi ancaman kepada hak asasi manusia, kesihatan dan keselamatan awam.
PBB mencadangkan supaya mengukuhkan institusi dan dasar di wilayah itu, serta memperuntukkan sumber untuk memperkasakan wanita. Ia juga menasihatkan bahawa norma budaya “patriarki” yang mengekalkan ketidaksamaan jantina perlu ditangani.
Laporan tersebut menambah bahawa satu pertiga daripada wanita di seluruh dunia menjadi mangsa keganasan dalam hubungan mereka atau keganasan seksual oleh orang-orang di luar hubungan mereka.

22:41
300 juta kanak-kanak hiruf udara sangat bertoksik: UNICEF
Posted By Dennelton on Wednesday, November 9, 2016 | 22:41
Kira-kira 300 juta kanak-kanak hidup dengan udara luar sangat tercemar yang akan menyebabkan
kerosakan serius terhadap kesihatan fizikal, termasuk membantut tumbesaran otak mereka, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kajian dikeluarkan pada Oktober 2016.
Hampir seorang dalam tujuh kanak-kanak di seluruh dunia menghirup udara luar yang sekurang-kurangnya enam kali lebih kotor daripada garis panduan antarabangsa, menurut kajian oleh Tabung Kanak-Kanak PBB, yang mengatakan pencemaran udara faktor utama kematian kanak-kanak.
UNICEF mengeluarkan kajian itu seminggu sebelum perbincangan tahunan perubahan iklim PBB, dengan pusingan seterusnya dianjurkan oleh Maghribi pada 7 hingga 18 November pada tahun yang sama.
Agensi tersebut, yang menyokong hak dan kesejahteraan kanak-kanak, menggesa pemimpin-pemimpin dunia supaya mengambil tindakan segera untuk mengurangkan pencemaran udara di negara mereka.
“Pencemaran udara adalah faktor penyumbang utama dalam kematian kira-kira 600,000 kanak-kanak di bawah lima setiap tahun, dan ia mengancam nyawa dan masa depan berjuta-juta orang lagi setiap hari,” kata Anthony Lake, pengarah eksekutif UNICEF.
“Pencemaran bukan sahaja membahayakan tumbesaran paru-paru kanak-kanak. Ia sebenarnya boleh melintasi halangan darah otak dan merosakkan secara kekal tumbesaran otak dan masa depan mereka. Tiada masyarakat boleh mengendahkan pecemaran udara,” kata Lake.
UNICEF menunjukkan imej satelit yang dikatakan mengesahkan bahawa kira-kira dua bilion kanak-kanak hidup dalam kawasan di mana pencemaran udara luar melebihi panduan kualiti udara minimum yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Udara tercemar akibat asap kenderaan, bahan api fosil, habuk, sisa pembakaran dan bahan cemar bawaan udara lain, katanya.
Asia Selatan mempunyai jumlah terbesar kanak-kanak hidup di kawasan seperti itu kira-kira 620 juta, diikuti oleh Afrika dengan 520 juta dan wilayah Asia Timur dan Pasifik dengan 450 juta orang.
Kajian itu juga menganalisis pencemaran udara dalaman, biasanya disebabkan pembakaran arang batu dan kayu untuk memasak dan pemanasan.
UNICEF menggesa langkah-langkah yang lebih kukuh bagi mengurangkan pencemaran, meningkatkan penjagaan kesihatan, memantau dan mengelak kanak-kanak terdedah udara tercemar.

08:58
Anak kepada dua aktivis berhaluan kiri yang “dihilangkan” oleh tentera rejim Argentina pada
1976-1983 bertemu semula dengan adiknya yang telah lama hilang, diculik ketika lahir dan dikenal pasti melalui ujian DNA.
“Kami ada 40 tahun cinta untuk diberikan kepadamu,” kata Ramiro Menna, seorang guru berumur 42 tahun, beritahu adiknya yang dia tidak pernah bertemu.
Dia berkata demikian pada sidang akhbar di Grandmothers of the Plaza de Mayo, sebuah organisasi yang bekerja untuk mencari kira-kira 500 bayi dicuri dan diterima secara haram semasa pemerintahan diktator sayap kanan Argentina.
Menna berumur dua tahun apabila ejen rejim menyerbu rumah keluarganya pada bulan Julai 1976 dan menahan ibu bapanya, Ana Maria Lanzilotto dan Domingo Menna.
Mereka adalah aktivis dalam Parti Pekerja Revolusi, yang melancarkan pemberontakan bersenjata menentang rejim.
Menna, yang dibesarkan oleh bapa saudaranya sejak kecil, kemudian mengetahui ibunya mengandung lapan bulan pada masa itu.
Khabar mengenai ibu bapanya tidak pernah lagi didengar sejak itu - dua daripada kira-kira 30,000 orang dibunuh atau “hilang” semasa pemerintahan diktator.
Tetapi dia tidak pernah berputus asa untuk mencari adiknya, yang nampaknya diberikan kepada sebuah keluarga dekat dengan rejim untuk dibesarkan.
Empat puluh tahun kemudian, akhirnya dia berjaya bertemu dengan adiknya.
Minggu ini, adik Menna yang hilang menjadi bayi ke-121 dicuri yang dikenal pasti oleh Grandmothers of the Plaza de Mayo.
“Kami mahu memelukmu. Kami sedang menunggumu,” Menna beritahunya di ibu pejabat kumpulan hak asasi manusia di Buenos Aires.
Menna dan neneknya aktif dalam organisasi tersebut, yang ditubuhkan pada tahun 1977 untuk menuntut jawapan ke atas nasib bayi dilahirkan dalam tahanan diberikan kepada ahlinya yang kehilangan anak lelaki dan perempuan.
Lelaki Argentina jumpa adiknya yang diculik tentera rejim sejak 1976
Posted By Dennelton on Tuesday, October 25, 2016 | 08:58
Anak kepada dua aktivis berhaluan kiri yang “dihilangkan” oleh tentera rejim Argentina pada 1976-1983 bertemu semula dengan adiknya yang telah lama hilang, diculik ketika lahir dan dikenal pasti melalui ujian DNA.
“Kami ada 40 tahun cinta untuk diberikan kepadamu,” kata Ramiro Menna, seorang guru berumur 42 tahun, beritahu adiknya yang dia tidak pernah bertemu.
Dia berkata demikian pada sidang akhbar di Grandmothers of the Plaza de Mayo, sebuah organisasi yang bekerja untuk mencari kira-kira 500 bayi dicuri dan diterima secara haram semasa pemerintahan diktator sayap kanan Argentina.
Menna berumur dua tahun apabila ejen rejim menyerbu rumah keluarganya pada bulan Julai 1976 dan menahan ibu bapanya, Ana Maria Lanzilotto dan Domingo Menna.
Mereka adalah aktivis dalam Parti Pekerja Revolusi, yang melancarkan pemberontakan bersenjata menentang rejim.
Menna, yang dibesarkan oleh bapa saudaranya sejak kecil, kemudian mengetahui ibunya mengandung lapan bulan pada masa itu.
Khabar mengenai ibu bapanya tidak pernah lagi didengar sejak itu - dua daripada kira-kira 30,000 orang dibunuh atau “hilang” semasa pemerintahan diktator.
Tetapi dia tidak pernah berputus asa untuk mencari adiknya, yang nampaknya diberikan kepada sebuah keluarga dekat dengan rejim untuk dibesarkan.
Empat puluh tahun kemudian, akhirnya dia berjaya bertemu dengan adiknya.
Minggu ini, adik Menna yang hilang menjadi bayi ke-121 dicuri yang dikenal pasti oleh Grandmothers of the Plaza de Mayo.
“Kami mahu memelukmu. Kami sedang menunggumu,” Menna beritahunya di ibu pejabat kumpulan hak asasi manusia di Buenos Aires.
Menna dan neneknya aktif dalam organisasi tersebut, yang ditubuhkan pada tahun 1977 untuk menuntut jawapan ke atas nasib bayi dilahirkan dalam tahanan diberikan kepada ahlinya yang kehilangan anak lelaki dan perempuan.
Sumber AFP
Labels:
hot articles
18:59
Lebih 90 peratus orang di seluruh dunia hirup udara tercemar: WHO
Posted By Dennelton on Sunday, October 9, 2016 | 18:59
Sembilan daripada 10 orang di seluruh dunia sedang menghirup udara tidak segar atau tidak berkualiti, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Data baharu dalam satu laporan daripada badan kesihatan global PBB setakat bulan September 2016 cukup untuk membuat kita semua bimbang, kata Maria Neira, ketua jabatan kesihatan awam dan alam sekitar WHO.
Kebanyakannya paling teruk di kawasan bandar, tetapi udara di kawasan luar bandar juga lebih buruk daripada apa yang difikirkan, kata pakar WHO.
Negara miskin atau tidak membangun mempunyai udara lebih kotor daripada negara-negara maju, menurut laporan tersebut, tetapi pencemaran “memberi kesan kepada hampir semua negara-negara di dunia dan semua lapisan masyarakat”, kata Neira dalam satu kenyataan.
“Ia adalah kecemasan kesihatan awam,” katanya.
“Tindakan pantas untuk membendung pencemaran udara tidak dapat dilakukan dengan segera,” tambah beliau, menggesa kerajaan untuk mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, meningkatkan pengurusan sisa pepejal dan mendorong penggunaan bahan api memasak yang bersih.
Laporan itu adalah berdasarkan data yang dikumpul daripada lebih 3,000 tapak di seluruh dunia.
Ia mendapati bahawa “92 peratus daripada penduduk dunia tinggal di tempat-tempat di mana tahap kualiti udara melebihi had WHO”.
Data itu memberi tumpuan pada perkara zarah berbahaya dengan diameter kurang daripada 2.5 mikrometer, atau PM 2.5.
PM2.5 termasuk toksik seperti sulfat dan karbon hitam, yang boleh menembusi jauh ke dalam paru-paru atau sistem kardiovaskular.
Udara dengan lebih daripada 10 mikrogram per meter padu PM 2.5 pada asas purata tahunan dianggap tidak berkualiti.
WHO menganggarkan lebih daripada enam juta kematian setiap tahun dikaitkan dengan pendedahan pencemaran udara luaran dan dalaman.
Data itu lebih kukuh bagi pencemaran luaran, yang mengakibatkan lebih daripada tiga juta kematian setiap tahun.
Tetapi pencemaran dalaman juga dikatakan berbahaya, terutamanya di negara tidak membangun kerana pembakaran arang sering dilakukan untuk memasak.

Lelaki India dakwa ‘semangat dalaman’ dorong telan 40 pisau
Posted By Dennelton on Thursday, September 15, 2016 | 22:41
Seorang polis India mengaku pada 23 Ogos 2016 menelan 40 bilah pisau dalam tempoh dua bulan mendakwa ‘semangat dalaman’ telah mendorongnya melakukan perbuatan memakan bilah logam yang berjaya dibedah keluar.
Lelaki yang juga ayah kepada dua anak itu berjaya melalui pembedahan lima jam mengeluarkan pisau dari perutnya di bandar Amritsar selepas mengadu sakit perut kepada doktor.
“Saya tidak tahu kenapa saya lakukannya tetapi ada kuasa batin di sebaliknya,” kata lelaki berusia 42 tahun itu semasa ditemui di Amritsar di negeri Punjab, enggan namanya disiarkan.
“Ia bermula pada Jun apabila saya mula-mula menelan pisau dan rasa sukakannya. Tidak lama kemudian ia jadi tabiat,” katanya.
Menurut doktor, pada mulanya dia disangka mengalami ketumbuhan selepas imbasan badannya menunjukkan satu jisim besar.
Bagaimanapun siasatan lanjut dibuat, pasukan perubatan mendapati puluhan bilah pisau logam yang termasuk dengan pemegang kayu dan berukuran sehingga 18 sentimeter dikeluarkan.
“Kami segera bersiap membedah dan membuang pisau ini. Ada pendarahan ketika sebahagian pisau dikeluarkan,” kata Rajinder Rajan, salah seorang anggota pasukan bedah di Corporate Hospital.
Rajan juga mengesyaki pesakit terbabit mengalami tekanan melampau.
Meskipun sedang dalam pemulihan dalam pembedahan dibuat pada Jumaat, dia akan melalui penilaian psikologi sebelum dibenarkan keluar dari hospital, kata Rajan.
Bagaimanapun polis terbabit menyatakan tidak lagi akan berbuat demikian.
“Saya telan sebilah pisau sehari dalam masa dua bulan. Saya sebelumnya tak rasa ia apa-apakan saya tetapi apabila terasa sakit, saya ke hospital.
“Saya tak akan ulangi perbuatan itu. Saya gembira mereka (pasukan bedah) selamatkan nyawa saya dan kini mahu kembali ke pangkuan keluarga saya."

18:11
Lapan kenyataan kesat presiden Filipina selepas menang pilihan raya
Posted By Dennelton on Wednesday, July 20, 2016 | 18:11
Rodrigo Duterte, yang mengangkat sumpah sebagai presiden Filipina ke-16, dikatakan oleh pengkritik seorang pemimpin bermulut celupar.
Semasa kempen, beliau telah menjadi berita utama antarabangsa berhubung kenyataan pedas atau kesat beliau seperti memanggil Pope Francis sebagai seorang “anak sundal” dan bergurau tentang mahu merogol seorang wanita mubaligh Australia yang mati dalam rusuhan penjara di Davao.
Selepas menang majoriti pilihan raya pada bulan Mei 2016, bekas datuk bandar di selatan Davoa itu terus membuat provokasi, kenyataan kesat.
Berikut adalah beberapa petikan selepas beliau dipilih dalam pilihan raya:
Beberapa wartawan patut dihukum mati
“Hanya kerana kamu seorang wartawan, kamu tidak dikecualikan daripada pembunuhan jika kamu anak sundal.”
(Menjelaskan bahawa banyak wartawan akan dibunuh di Filipina kerana korup – salah sebuah negara yang paling berbahaya di dunia bagi kerja media.)
Serangan ke atas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
“Itu masalah di sini, mereka sentiasa menimbulkan kebimbangan mengenai hal ini atau konvensyen PBB. Saya berkata, celaka kamu PBB, kamu tidak pernah dapat menyelesaikan pembunuhan beramai-ramai di Timur Tengah...juga di Afrika. Diam kamu semua.”
(Serangan yang seolah-olah tanpa provokasi ke atas PBB, mungkin disebabkan oleh pelapor khas PBB mengenai pembunuhan di luar undang-undang yang menekankan kebimbangan pada tahun 2008 mengenai pembunuhan pasukan bantuan di Davao.)
Kutuk Gereja Katolik
“Kamu anak-anak sundal, kamu tidak malu? Kamu bertanya begitu banyak pertolongan, juga dari saya.”
(Sebahagian daripada kritikan pedas terhadap pemimpin Gereja Katolik, yang dianuti 80 peratus daripada rakyat Filipina.)
Pengampunan bagi polis pembunuh
“Ini adalah satu hukuman yang sangat mudah dalam perlembagaan, yang mengatakan presiden mempunyai kuasa untuk memaafkan pesalah jenayah. Jika saya beritahu seseorang, bunuh mereka (penjenayah) dan mereka berkata ‘tetapi tuan, saya akan dihukum,’ saya hanya menjawab...dapatkan salinan kertas pengampunan dan saya akan menandatanganinya. Jika peguam mendakwa, walaupun peguam itu, kamu boleh membunuh dia.”
(Duterte telah berkata beribu-ribu penjenayah akan mati dalam perangnya ke atas penjenayah.)
Menghasut orang awam untuk menyertai pembunuhan terbuka
“Jika mereka berada di sana di kawasan kejiranan kamu, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami, polis atau melakukannya sendiri jika kamu mempunyai senjata. Kamu akan mendapat sokongan saya. Jika penyerang melawan hingga mati, kamu boleh membunuhnya. Saya akan berikan kamu sekeping pingat.”
(Duterte menyeru rakyat biasa Filipina supaya membunuh penjenayah yang disyaki.)
Penembak tepat tentera untuk bunuh penjenayah
“Saya mahu tentera terlibat dalam kempen anti dadah. Saya memerlukan pegawai-pegawai tentera yang boleh menembak dengan tepat.”
(Duterte memberitahu pemberita beliau akan menggunakan penembak tepat tentera untuk membunuh penjenayah. Beliau kemudiannya berkata akan menghantar tentera yang menggunakan senapang mesin automatik.)
Bagaimana faraj isteri kamu?
“Bagaimana keadaan faraj isteri kamu? Adakah dia mempunyai keradangan faraj? Adakah ia berbau busuk? Adakah ia berbau atau tidak berbau? Berikan saya laporan itu.”
(Duterte melontarkan soalan menyakitkan hati dan memalukan terhadap seorang wartawan kerana marah disoal mengenai kesihatannya.)
Potong zakar
“Tiga anak cukup. Kamu pekerja sosial perlu proaktif. Beritahu mereka: ‘Datuk bandar berkata, jika kamu mempunyai lima anak, dia akan memotong zakar kamu’.”
(Bergurau tentang bagaimana dia akan menguatkuasakan program perancangan keluarga yang dirancang itu.)

19:25
Jumlah orang pelarian akibat konflik di seluruh dunia meningkat tahun lepas kepada 40.8 juta orang, menurut satu laporan didedahkan pada 11 Mei 2016.
“Ini adalah jumlah tertinggi pernah dicatatkan dan dua kali jumlah pelarian di seluruh dunia,” kata Jan Egeland, ketua Majlis Pelarian Norway(NRC), pengarang bersama laporan itu dengan Pusat Pemantau Pelarian yang berpangkalan di Geneva(IDMC).
Sesetengah 8.6 juta orang pelarian (IDPs) dikaitkan dengan konflik telah direkodkan tahun lalu, termasuk 4.8 juta di Timur Tengah dan Afrika Utara.
“Perpindahan…mula melonjak sejak pemberontakan musim bunga Arab oleh pelampau pada tahun 2010 dan kebangkitan militan Negara Islam(IS),” menurut laporan itu, dengan Yaman, Syria dan Iraq menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan.
Di luar Timur Tengah, negara-negara yang menyumbang jumlah tertinggi orang melarikan diri adalah Afghanistan, Republik Afrika Tengah, Colombia, Republik Demokratik Congo, Nigeria, Sudan Selatan dan Ukraine.
Laporan tersebut juga mengatakan 19.2 juta orang telah berpindah tahun lalu akibat bencana alam. India, China dan Nepal menyumbang jumlah tertinggi dengan 3.7 juta, 3.6 juta dan 2.6 juta orang.
Konflik dan bencana alam membuatkan jumlah 27.8 juta pelarian baharu tahun lalu.
“Ini adalah sama dengan populasi gabungan Bandar New York, London, Paris dan Kaherah. Hal ini boleh membuatkan keadaan panik kerana perjalanan mereka yang penuh dengan ketidakpastian,” kata Egeland.
Daripada sepuluh negara teratas bagi IDPs atau pelarian, laporan itu mendapati lima – Colombia, Republik Demokratik Congo, Iraq, Sudan Selatan dan Sudan – telah dipaparkan pada kedudukan yang sama setiap tahun sejak 2003.
Laporan tersebut juga buat kali pertama mengira jumlah perpindahan akibat keganasan jenayah yang berkaitan dengan penyeludupan dadah dan aktiviti kumpulan samseng – satu masalah katanya akan kekal “tidak dinyatakan dan belum diselesaikan”.
Ia menganggarkan bahawa terdapat satu juta pelarian di El Salvador, Guatemala, Honduras dan Mexico pada bulan Disember tahun lepas kerana keganasan.
Peperangan cetus perpindahan 40.8 juta orang di seluruh dunia
Posted By Dennelton on Wednesday, May 11, 2016 | 19:25
![]() |
| Pendatang cuba ceroboh pagar. -Foto AFP |

09:49
Masyarakat Yahudi di Yaman hampir lenyap akibat perang
Posted By Dennelton on Wednesday, March 23, 2016 | 09:49
Masyarakat Yahudi di Yaman kini hampir lenyap sepenuhnya selepas Israel menerbangkan 19 orang Yahudi dari negara dilanda perang itu, menurut pengumuman pada 21 Mac 2016.
“Bab ini dalam sejarah salah satu daripada komuniti Yahudi tertua di dunia yang akan berakhir,” kata Natan Sharansky, seorang pengerusi agensi Yahudi yang bertanggungjawab bagi imigresen ke Israel, berkata dalam satu kenyataan.
Operasi untuk menyelamatkan Yahudi dari Yaman bermula pada tahun 1949, dan kini hanya kira-kira 50 orang kekal di sana atas pilihan mereka sendiri.
Sebahagian yang masih tinggal selepas negara Israel dibentuk pada tahun 1948, satu peristiwa yang mencetuskan perang pertama antara Arab dan Israel.
Sebuah pengangkutan udara berunding dengan pihak berkuasa Yaman dan digelar Operasi Magic Carpet memindahkan 49,000 orang antara bulan Jun tahun 1949 dan 1950 pada bulan yang sama, menggunakan Aden sebagai hab.
Hanya kira-kira 1,200 orang kekal selepas itu, dan mereka dibawa keluar sedikit demi sedikit, terutamanya selepas larangan perjalanan ditarik balik pada tahun 1993.
Mereka dipercayai menjadi keturunan Yahudi dihantar ke Arab Saudi pada tahun 2,500 lalu oleh Raja Solomon, dan tinggal di sebahagian besar kawasan utara Yaman.
Berpuluh ribu orang Yahudi juga melarikan diri ke Yaman selepas Jerusalem dikepung oleh maharaja Rom Titus, dan mereka menetap di seluruh negara, menurut ahli-ahli komuniti.
Pada era millennium, hanya kira-kira 300 orang Yahudi kekal di Yaman, di mana mereka diancam oleh kebangkitan militan dan pemberontakan Syiah.
Yahudi Yaman mempunyai reputasi sebagai ahli muzik dan artisan yang mahir, tetapi orang-orang muda di antara mereka tidak dibenarkan untuk memakai jambias – pisau pendek yang melengkung – atau membawa senjata lain.

18:36
Lelaki Kanada hilang ingatan selama 30 tahun ditemui
Posted By Dennelton on Sunday, February 21, 2016 | 18:36
Seorang lelaki Kanada yang hilang 30 tahun lalu, dipertemukan semula dengan keluarganya selepas dia tiba-tiba mengingat nama asalnya.
Edgar Latulip, tahap mentalnya seperti kanak-kanak, berusia 21 tahun ketika menghilangkan diri apabila keluar dari rumah istimewa di Kitchener, Ontario pada 1986, menurut laporan media Kanada dan CBC News.
Latulip, yang pernah cuba membunuh diri dan sepatutnya menerima rawatan, hilang khabar sejak itu yang ibunya pernah menyuarakan kebimbangan kemungkinan dia dibunuh.
Ia juga berterusan sehingga seorang lelaki dengan identiti berbeza tinggal 120 kilometer memberitahu rakan kerjanya bulan Januari 2016 yang dia teringat nama sebenarnya ‘mungkin’ Edgar Latulip’ selepas beberapa imbasan ingatan.
Satu ujian DNA mengesahkan identitinya Latulip.
Ibunya Silvia Wilson yang selepas kejadian itu berpindah ke Ottawa, menyifatkan terkejut semasa dia menerima berita itu menerusi panggilan telefon minggu lepas dari seorang polis detektif.
“Saya tak tahu nak fikir apa. Saya hanya terkejut besar,” kata Wilson, 76, memberitahu The Record, menyifatkan anak lelakinya itu ‘seorang budak bermasalah’.
“Saya mahu bercakap dan membantunya dengan apa sahaja cara saya mampu. Saya tidak sabar menemuinya.”
Rangkaian Individu Hilang Amerika Utara menyifatkan Latulip memiliki kapasiti mental seperti kanak-kanak 12 tahun.
Polis Konstabel Wilayah Niagara Philip Gavin memberitahu Toronto Star dan CBC yang Latulip cedera apabila terhantuk di kepala selepas jatuh semasa menghilangkan diri dari pusat jagaan khas itu, menjejaskan ingatannya dengan teruk sehingga tidak dapat mengingati siapa dirinya sebelum mencipta identiti baharu.
“Saya sudah lama bergelar polis dalam 18 tahun dan ini sesuatu yang saya hanya saksikan dalam TV tetapi tak pernah berdepan dengannya,” kata Gavin memberitahu Star.
“Jelas sekali ini jarang berlaku.”

18:26
Sejak 90-an, penjualan bayi dalam komuniti Roma Bulgaria yang miskin sudah menjadi kebiasaan. Dengan bantuan dari penyeludup, ibu bapa terpaksa menjual bayi mereka di negara jiran Greece, di mana undang-undang pengguguran longgar.
Faktor kemiskinan adalah antara sebab yang mendorong minoriti ini sering melakukan tindakan tersebut dan memberikan “penjelasan” yang tidak tepat atau menipu.
“Illiyana, seorang ibu mengandung, pergi ke Greece untuk bersalin. Dia kembali seminggu lalu, tanpa perut yang kembung atau tanpa bayi, mengatakan bahawa bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan di Greece,” bisik seorang wanita di kampung tenggara Ekzarh Antimovo.
“Ia adalah bayi yang ketiga dia telah jual,” tambahnya.
Kampung ini tidak jauh dari bandar Burgas di wilayah itu yang mempunyai nama sama, di mana perdagangan bermula di kawasan mundur di Roma pada awal abad ini. Ia sudah merebak ke kawasan-kawasan lain, termasuk bandar timur Varna, Aytos, Karnobat, tenggara Sliven dan Kazanlak di tengah Bulgaria.
Pada tahun 2015 sahaja, pendakwa Burgas telah menyiasat 27 kes penyeludupan dari 31 wanita hamil ke Greece dan penjualan 33 bayi.
Seorang lagi ibu dari kampung yang sama dengan Illiyana menghadapi tuduhan menjual seorang bayi lelaki di Greece.
“Saya bukan yang kamu cari,” kata seorang wanita muda hamil selepas pintu rumahnya diketuk oleh wartawan AFP.
Dengan jendela rumahnya yang baru, rumah bercat putih kelihatan baik berbanding dengan pondok kayu rumah jirannya yang lain, di mana keluarga besar sering terpaksa tidur di atas tanah.
“Sembilan puluh tujuh peratus daripada penduduk adalah buta huruf,” keluh datuk bandar Roma bagi Ekzarh Antimovo, Sashko Ivanov.
Penjualan bayi kekal “satu kejadian asing yang berlaku antara kebanyakan komuniti terpinggir,” katanya. “Bayi telah dan akan dijual kerana dihantui kesengsaraan yang mendalam”.
Akibat kemiskinan, penjualan bayi haram dalam komuniti Roma jadi kebiasaan
![]() |
| Komuniti Roma. |

12:10
Ketua dadah Mexico 'El Chapo' disumbat semula ke dalam penjara
Posted By Dennelton on Monday, January 11, 2016 | 12:10
Joaquin “El Chapo” Guzman, ketua dadah Mexico yang melepaskan diri pada 11 Julai 2015 ditangkap semula dan dimasukkan ke penjara keselamatan maksimum selepas satu operasi ketenteraan pada awal Jumaat bersamaan dengan 8 Januari 2016.
Guzman yang ditangkap di bandar Los Mochis dekat pantai, tidak jauh dari negeri asalnya di Sinaloa, susulan serbuan marin yang turut mengorbankan lapan suspek geng.
“Guzman Loera akan dibawa kembali ke penjara Altiplano yang terletak 90 kilometer (55 batu) ke barat ibu negara Mexico,” kata Ketua Peguam Arely Gomez memberitahu pemberita sebelum Guzman dibawa menaiki helikopter bersama ketua pengawal keselamatannya yang diberkas bersama dalam operasi itu.
Pada 11 Julai, 17 bulan selepas penjara keselamatan maksimum, Guzman melepaskan diri melalui lubang dalam bilik mandinya, menggunakan motosikal yang diletakkan di landasan dan bergerak sejauh 1.5 kilometer melalui terowong itu secara bebas.
Pendedahan terperinci mengenai siasatan berbulan-bulan lamanya yang menjurus kepada penahanan Guzman, mendedahkan dia juga pernah menghubungi penerbit dengan harapan mahu membuat filem biografi dirinya, dan mengelak penangkapan pada Oktober apabila marin memutuskan tidak melepaskan tembakan kerana dia melarikan diri bersama seorang perempuan.
Pemburuan yang berakhir di sebuah rumah di Los Mochis, yang pihak berkuasa pantau pada bulan Disember, kata Gomez. Pergerakan yang luar biasa berjaya dikesan, mengesahkan bahawa Guzman berada di sana.
Marin disambut dengan tembakan apabila mereka memasuki dalam tempat itu menyebabkan lima suspek mati dan seorang tentera cedera.
Guzman dan ketua keselamatannya, sementara itu, melarikan diri melalui sistem perparitan di bandar ini, tetapi marin menjangkakan langkah itu, kata Gomez. (Guzman menggunakan taktik melarikan diri yang sama di bandar berhampiran di Culiacan pada tahun 2014).
Kedua-duanya keluar dari lurang dan mencuri kereta, tetapi mereka telah ditangkap di jalan dan dibawa ke sebuah motel, kata Gomez. Enam lagi ditahan dalam operasi itu.
Penangkapan Guzman, 58, akan menjadi kelegaan untuk Presiden Enrique Pena Nieto, yang pentadbiran beliau mendapat tamparan apabila Guzman meloloskan diri daripada sebuah penjara keselamatan maksimum pada 11 Julai.
“Misi dicapai: Kami mendapat dia,” Pena Nieto menulis dalam Twitter.
Gambar yang diedarkan di media Mexico menunjukkan dia dengan kesan kotor di baju tanpa lengan, digari dan duduk di atas katil.
Satu lagi gambar menunjukkan dia di tempat duduk belakang kereta memegang dagunya dengan satu tangan sambil duduk bersebelahan dengan seorang lelaki berbaju.
Peguam Negara AS, Loretta Lynch memuji penangkapan itu sebagai "tamparan" kepada kartel dadah Sinaloa, dan berkata bahawa dia kini perlu menjawab bagi jenayah yang didakwa beliau, yang telah menyebabkan keganasan yang ketara, penderitaan dan rasuah di pelbagai benua.
Soalan kini beralih kepada sama ada Mexico akan mengekstradisi Guzman ke Amerika Syarikat selepas menimbulkan idea itu sebelumnya.
Pejabat Peguam Negara Mexico ini memperoleh waran ekstradisi pada bulan September, tetapi peguam Guzman memenangi injunksi yang boleh melambatkan proses.
“Persoalan besar bukannya sama Guzman akan diekstradisi tetapi bila,” kata Alejandro Hope, seorang pakar keselamatan dan bekas pegawai perisikan Mexico. “Saya tidak fikir bahawa kerajaan Mexico mahu menghadapi risiko kejadian melarikan diri dari yang lain.”
Lebih daripada sedozen penjara dan pegawai-pegawai polis persekutuan telah ditangkap atas tuduhan membantu Guzman melarikan diri, bersama-sama dengan beberapa rakan-tuan dadah yang bekerja dari luar untuk membina terowong.

foreign,
hot articles
08:58
Saintis berjaya temui kaedah manipulasi emosi dalam memori
Posted By Dennelton on Friday, September 4, 2015 | 08:58
Emosi yang dihubungkan ke memori boleh ditulis semula, menjadikan peristiwa buruk pada masa lampau suatu peristiwa yang mengembirakan dan perkara-perkara yang baik menjadi buruk, kajian ahli saintis dari Jepun dan Amerika Syarikat.
Penemuan mekanisme dalam proses itu membantu menjelaskan lagi kuasa rawatan psikoterapi yang terkini untuk penyakit mental seperti kemurungan atau Post Traumatic Stress Disorder (PTSD), kata mereka, dan boleh menawarkan kaedah baharu untuk bantuan psikiatri.
“Penemuan ini mengesahkan kejayaaan psikoterapi masa kini (2014), dengan mendedahkan mekanisme yang mendasarinya,” kata ketua penyelidikan Susumu Tonegawa di Tokyo.
Pasukan itu terbentuk dari kerjasama antara institut RIKEN di Jepun dan Institut Teknologi Massachusetts di Amerika Syarikat, menggunakan optogenetik, teknologi kawalan otak terbaru yang menggunakan cahaya, untuk lebih dapat mengetahui/memahami apa yang berlaku apabila kita mengenangkan sesuatu perkara.
Mereka mendapati bahawa perasaan senang atau takut ditimbulkan interaksi antara hippocampus, ruang diari otak - dan amygdala - tempat yang dipercayai mengolah ingatan positif atau negatif - adalah lebih fleksibel dari apa yang kita fikirkan sebelum.
“Ia bergantung bagaimana kuatnya (aspek baik atau buruk) menguasai....terdapat persaingan antara hubungan dua litar kekuatan,” kata Tonegawa.
Para penyelidik menyuntik dua kumpulan tikus jantan dengan protein alga yang sensitif terhadap cahaya.
Ini membolehkan mereka mengenal pasti pembentukan memori baharu dan kemudian menggunakan protein tersebut untuk mengaktifkan semula ingatan melalui cahaya jika mereka mahu.
Ketika satu kumpulan tikus dibiarkan bermain dengan tikus betina untuk mencipta memori baharu yang positif, kumpulan lain mendapat renjatan elektrik yang membentuk ingatan buruk.

hot articles,
idea
21:23
Serigala juga punyai kecenderungan menguap berjangkit
Posted By Dennelton on Saturday, August 29, 2015 | 21:23
Menguap berjangkit adalah kelakuan yang dikongsikan dari cimpanzi, babun, anjing dan manusia, namun serigala juga boleh melakukannya. Hal ini menunjukkan empati di kalangan haiwan mempunyai sifat yang sama.
Penyelidik di jurnal PLOS ONE memberi tumpuan pada 12 serigala di Taman Tama Zoologi di Tokyo, Jepun.
Ahli-ahli saintis memerhati tingkah laku serigala selama 254 jam sepanjang lima bulan, melihat apa yang akan berlaku apabila salah satu daripada serigala menguap dekat dengan serigala yang lain.
“Menguap berlaku lebih kerap apabila terdedah pada” serigala yang lain, menurut kajian itu.
“Serigala mempunyai kecenderungan untuk menguap apabila rakan serigala yang lain kerap kali menguap.”
Walaupun kajian tersebut melibatkan sebilangan kumpulan kecil serigala, penyelidik berkata, penemuan ini memberikan bukti awal bahawa menguap dikaikan dengan kapasiti serigala untuk empati.
Mungkin lebih banyak lagi spesies mempunyai empati dari apa yang difikirkan sebelum ini, kata ketua penulis Teresa Romero, seorang penyelidik dari Universiti Tokyo.
“Serigala, mempunyai persamaan dengan anjing, menguap berjangkit antara individu, terutamanya rakan terdekat,” katanya.
“Keputusan ini menunjukkan bahawa menguap berjangkit adalah sifat nenek moyang yang sama dikongsikan oleh mamalia yang lain dan keupayaan seperti itu mendedahkan hubungan emosi antara individu."

animals,
hot articles,
idea
18:53
‘El Chapo’ lari penjara menerusi terowong bawah tanah
Posted By Dennelton on Monday, July 13, 2015 | 18:53
Ketua dadah Joaquin “El Chapo” Guzman hilang dalam penjara didapati melarikan diri menerusi terowong bawah tanah di bawah ruang tempat mandi dalam selnya telah memaksa pasukan keselamatan Mexico melancarkan pemburuan besar-besaran.
Gerakan memburu besar-besaran itu dilancarkan selepas Guzman dikesan hilang pada malam 11 Julai 2015 dari penjara keselamatan maksimum yang terletak 90 kilometer ke barat Bandar Mexico, juga usaha melarikan diri Guzman yang kedua dalam 14 tahun.
Pendakwa raya telah menyoal siasat 30 kakitangan penjara termasuk warden hinggalah kakitangan biasa, kata pejabat pendakwa raya sambil mengesyaki ia kemungkinan kerja ‘orang dalam’.
Ketua kartel dadah Sinaloa itu yang ada pengaruh sehingga global, dipenjara selama 17 bulan selepas ditangkap semula pada Februari 2014.
Selepas Guzman hilang dari dikesan kamera keselamatan, pengawal penjara menemui satu lubang dengan kedalaman 10 meter (33 kaki) di bawah ruang tempat mandi dengan satu tangga, kata Suruhanjaya Keselamatan Nasional Monte Alejandro Rubido.
Ia menuju ke terowong sepanjang 1.5 kilometer dengan sistem ventilasi dan ruang pencahayaan yang dilihat dikorek dengan bantuan kelengkapan dan perkasan pengangkutan untuk menggali lubang itu.
Terowong setinggi 1.7 meter dan 80 sentimeter lebar, memuncak di dalam sebuah bangunan bata kelabu di atas bukit yang dikelilingi oleh padang rumput di tengah negeri Mexico.
Pejabat pendakwa raya menerbitkan satu video memaparkan lubang berkenaan di dalam sebuah rumah atas lantai yang ditutup. Satu katil dan dapur wujud dalam bangunan itu yang menunjukkan ada yang pernah tinggal di dalamnya.
Ketika penyiasat cuba merungkai lebih mendalam mengenai cara Guzman melarikan diri, polis dan tentera juga melakukan pemeriksaan ke atas kereta dan trak di jalan raya sekitarnya.
“Jika dia tidak ditangkap dalam tempoh 48 jam, Guzman akan mengawal semula kartel Sinaloa,” kata Mike Vigil, seorang pesara dari DEA (Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat) yang pernah memimpin operasi antarabangsa.
“Jika dia dapat kembali ke Sinaloa, iaitu negeri tempat asalnya dan berjaya melalui kawasan pergunungan di sana, memang sukar menangkapnya semula kerana dia mendapat perlindungan dari penduduk kampung setempat.”
Beberapa negeri termasuk Sinaloa mula melakukan pemeriksaan jalan raya. Negeri Puebla berkata pihak berkuasanya menggunakan teknologi X-ray di pondok tol untuk memantau kenderaan lalu lalang.
Tentera di Guatelama telah melancar operasi khas di sempadan dengan Mexico. Ia negara tempat Guzman ditangkap pada 1993.
Cubaan Guzman melepaskan diri pertama kali pada 2001 semasa memintas anggota keselamatan dengan bersembunyi di tempat penghantaran pakaian di negeri barat di Jalisco.
Marin bagaimanapun menangkap semula Guzman pada Februari 2014 dalam serbuan subuh di sebuah kondo di Mazatlan, sebuah resort Pasifik di Sinaloa, dengan bantuan DEA.
Dia sejak itu dipenjara di Altiplano yang turut memenjara beberapa individu yang terkenal dengan dadah ditangkap semasa pentadbiran Presiden Enrique Pena Nieto.
- Dibantu dari dalam? -
“El Chapo pastinya merancang perkara itu semasa dalam penjara dan ada sokongan besar luar dan dalam untuk melarikan diri,” kata Raul Benitez Manaut, seorang pakar keselamatan dari Universiti Autonomi Nasional Mexico.
“Pastinya wujud penyelewengan di dalam dan luar penjara,” katanya.
Pihak berkuasa sudah menyiasat mengenai satu lawatan ‘luar biasa’ ke atas Guzman pada Mac apabila seorang wanita berjaya menemuinya menggunakan identiti palsu untuk memasuki penjara.
Usaha melarikan diri itu dianggap cabaran kepada Pena Nieto yang membayangi lawatannya ke Perancis.
Kerajaan pimpinan Pena Nieto yang mendapat pujian kerana menangkap individu penting kartel-kartel dadah termasuk Guzman yang disifatkan antara yang paling berpengaruh ditangkap dan mendapat jolokan nama ‘El Chapo’ yang bermaksud ‘Si Pendek’.
Ketua Pendakwa Raya AS Loretta Lynch berkongsi kebimbangan dengan tindakan Guzman melarikan diri
dan menawarkan bantuan untuk menangkapnya semula.
- Tawaran lumayan -
Amerika Syarikat pernah menawarkan ganjaran sebanyak AS$5 juta (RM18.94 juta) sebelum penahannya pada 2014, sementara Chicago, sebuah destinasi popular bagi narkotik Sinaloa, mengisytiharkan dia “Musuh Awam Nombor Satu”.
Dia juga pernah tersenarai dalam senarai bilionair majalah Forbes – telah berkahwin dengan ratu cantik berusia 18 tahun iaitu Emma Coronel pada 2007 dan dipercayai memiliki 10 cahaya mata dengan beberapa wanita.

08:41
Pembunuhan beramai-ramai Srebrenica: Tokoh utama didakwa jenayah perang
Posted By Dennelton on Saturday, July 11, 2015 | 08:41
Lebih daripada satu dekad, Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia telah mendakwa 20 suspek yang melakukan jenayah pada bulan Julai 1995 di Srebrenica. Semua telah ditangkap dan dibawa ke The Hague.
Semua mereka, 14 telah didapati bersalah, satu dibebaskan, dan tiga masih dalam perbicaraan (sehingga artikel ini ditulis).
Hampir 8,000 lelaki dewasa dan kanak-kanak Islam dibunuh selepas wilayah timur Bosnia telah ditakluki oleh tentera Serb Bosnia pada pertengahan bulan Julai 1995.
Mayat-mayat mangsa dibuang ke dalam sebuah kubur besar dalam pembunuhan beramai-ramai di Eropah yang paling teruk sejak Perang Dunia ll. Ia juga merupakan salah satu kekejaman tiga tahun perang saudara Bosnia, hingga mengorbankan 100,000 nyawa dan memindahkan 2.2 juta orang.
Antara tokoh utama telah dihukum:
- Zdravko Tolimir -
Dianggap sebagai orang kanan komander pasukan Serb Bosnia Ratko Mladic, Tolimir telah dihukum penjara seumur hidup pada April 2015. Bekas ketua perisikan dan keselamatan itu telah didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai dan jenayah lain.
- Radislav Krstic -
Jeneral Serb Bosnia mengetuai serangan terhadap Srebrenica dan merupakan suspek pertama yang disabitkan atas penghapusan bangsa. Dihukum 35 tahun penjara, kesnya telah diangkat selepas rayuan pada bulan April 2004.
- Popovic dan lain-lain -
ICTY pada bulan Januari 2015 telah mengesahkan dua orang dihukum mati iaitu Vujadin Popovic dan Ljubisa Beara, dua pegawai kanan dalam tentera Serb Bosnia disabit melakukan pembunuhan beramai-ramai. Empat yang lain dijatuhi hukuman penjara 13 dan 35 tahun. Tertuduh yang ketujuh, Milan Gvero, kemudiannya meninggal dunia selepas disabitkan.
- Vidoje Blagojevic dan Dragan Jokic -
Seorang pegawai kanan dalam tentera Serb Bosnia, Blagojevic dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan Jokic menerima hukuman penjara sembilan tahun kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Perbicaraan masih dijalankan:
Perbicaraan mengenai pembunuhan, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dilakukan pemimpin Serb Bosnia Radovan Karadzic dan panglima tentera Ratko Mladic, yang mengarah tentera Serb Bosnia di Srebrenica, kini masih dibicara di ICTY.
- Radovan Karadzic -
Menghadapi 11 tuduhan, termasuk salah satu penghapusan bangsa Srebrenica, Karadzic gagal membuat rayuan dalam kes itu jadi satu pengakuan tidak bersalah dibuat bagi pihaknya. Menutup hujah dalam kes tersebut pada bulan Oktober 2014, satu penghakiman dijangka pada bulan Disember tahun ini (2015).
- Ratko Mladic -
Pembela Mladic telah berusaha sejak Mei tahun lalu, tetapi pihak pendakwaan baru-baru ini dibenarkan untuk menambah lebih banyak bukti-bukti ke atas kes itu selepas penemuan sebuah kubur besar yang baharu. Mladic menghadapi tuduhan sama dengan Karadzic. Penghakiman dijangka pada bulan November 2017.
- Jovica Stanisic dan Franko Simatovic -
Stanisic, yang pernah menjadi orang kuat ketua perisikan Serbia Slobodan Milosevic dan rakannya Simatovic kedua-duanya telah dibebaskan. Pihak pendakwaan merayu keputusan itu.
Pembebasan:
- Momcilo Perisic -
Bekas ketua tentera Yugoslavia telah dibebaskan atas rayuan pada bulan Februari 2013. Beliau dituduh terlibat dalam beberapa hal antaranya “membantu dan bersubahat” dengan tentera Serb Bosnia menindas dan membunuh umat Islam di Srebrenica.
Perisic pada mulanya dijatuhi hukuman 25 tahun penjara, tetapi rayuan ICTY memutuskan bahawa ia tidak dibuktikan “mempunyai sebarang keraguan munasabah” yang mengatakan Perisic telah membantu tentera Serb Bosnia melakukan jenayah.
Meninggal dunia semasa perbicaraan:
- Slobodan Milosevic -
Bekas presiden Yugoslavia dan orang kuat Serbia meninggal dunia dalam tahanan pada Mac 2006, menghadapi dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai sebagai penghapusan bangsa, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. Kes terhadap beliau telah digugurkan.

Berjuta keluar dari kemiskinan, tetapi hanya sedikit berjaya
Posted By Dennelton on Thursday, July 9, 2015 | 17:56
Hampir 700 juta orang keluar dari kemiskinan tegar pada dekad pertama abad ini, tetapi kebanyakan mereka tetap terkunci pada tahap pendapatan yang sangat rendah, menurut satu kajian.
Pusat Penyelidikan Pew berkata tahun 2001-2011 dunia “menyaksikan pengurangan bersejarah dalam kemiskinan global,” dengan mereka yang dianggap “berpendapatan sederhana” hampir dua kali ganda.
Menjelang tahun 2011, hanya 15 peratus daripada penduduk dunia hidup dengan pendapatan kurang daripada $2 sehari – di bawah garis kemiskinan – berbanding 29 peratus pada permulaan abad ini.
Tetapi orang-orang yang naik lebih tinggi atau cepat, kebanyakan dalam kategori “berpendapatan rendah”, hidup hanya $2 hingga $10 sehari, menurut kajian itu.
Beberapa 56 peratus daripada penduduk dunia kekal pada tahap itu, meningkat dari 50 peratus pada tahun 2001.
Jumlah dalam pendapatan sederhana dan sederhana tinggi ($10 hingga $50 sehari) meningkat dari 14 peratus kepada 22 peratus, menyifatkan usaha untuk mewujudkan satu firma global “kelas menengah” adalah ketinggalan atau perlahan.
Majoriti mereka yang mencari langkah terbaik untuk keluar dari kemiskinan ke dalam kategori berpendapatan sederhana tertumpu di China, Amerika Syarikat dan Eropah Timur, menurut kajian Pew.
Sementara, dalam tempoh itu, kelas menengah “hampir tidak berkembang” di India, Asia Tenggara dan Amerika Tengah.
Sebagai perkara penting, ia menambah: “Jurang taraf hidup antara negara-negara maju dari segi ekonomi dan baru muncul serta negara-negara membangun hampir tidak berkurangan pada dekad pertama abad ini.”
“Pada tahun 2001, 91 peratus daripada mereka yang berpendapatan tinggi di dunia tinggal di Amerika Utara dan Eropah; pada tahun 2011, ia jatuh kepada 81 peratus.”
Kesimpulannya, Pew berkata, dalam tempoh yang sama menunjukkan hampir tidak ada apa-apa perbezaan taraf hidup di antara negara-negara maju dari segi ekonomi dan negara-negara baru muncul dan juga yang sedang membangun.

21:31
Generasi Z: Dilahirkan dalam era digital
Posted By Dennelton on Tuesday, July 7, 2015 | 21:31
Facebook? Tentu saja. Buku? Sudah pasti tidak. Permainan video? Sememangnya. Sukan? Jangan harap. Kelajuan? Ya. Kesabaran? Tidak begitu penting.
Hal ini, pendek kata, adalah kehidupan “Generasi Z” – bebas, keras kepala, pragmatik dan sentiasa tergesa-tergesa.
Berjumlah kira-kira dua billion, anak-anak muda yang lahir selepas 1995 dan tidak menyedari dunia tanpa Internet, hidup dalam satu kehidupan yang menampakkan perbezaan sangat ketara dari segi impian dan akhlak generasi sebelum ini.
Mereka begitu ketagih di dalam dunia digital sehinggakan beberapa ahli akademik telah menyifatkan mereka sebagai “mutan”.
Di sini beberapa tabiat atau pola kehidupan generasi Z:
-Kehidupan harian-
Mereka mahu segala-galanya, di mana-mana sahaja dan dengan segera. Mereka melayari dua skrin pada masa yang sama. Mereka tidak keberatan membeli telefon pintar yang terbaru.
Dalam lingkungan umur 13 hingga 20, mereka mengetahui semua trend terkini dari media sosial dan bersosial dengan rakan di alam maya.
Fesyen mereka terdapat di seluruh dunia yang ditiru dalam web, mereka menonton blockbusters Amerika seperti “Hunger Games” atau “Divergent”, mendengar K-pop Korea dan, apabila mereka menari, mereka “menari didendangkan irama muzik popular dengan gaya seksual”.
Apabila mereka bercakap, perbendaharaan kata mereka dipenuhi dengan akronim, sukar difahami kepada mereka yang tidak tahu.
Dan idol baharu mereka adalah bintang Internet, seperti PewDiePie, yang mempunyai saluran Youtube dilanggan ramai pengunjung di dunia.
-Rakan-rakan mereka-
Orang dari Generasi Z mendapati lebih mudah untuk bercakap dalam talian daripada bersemuka. Rakan-rakan mereka di media sosial lebih penting daripada rakan mereka dalam kehidupan sebenar, dan kadangkalanya mereka bertemu secara peribadi dengan sahabat “maya” mereka.
Lebih lapan daripada 10 ketagih dengan rangkaian sosial dan lebih separuh daripada mereka berfikir bahawa ini adalah kehidupan sosial sebenar mereka.
Mereka mula mengakses laman web "dating" sejak berumur 16 tahun.
-Apa yang mereka tahu-
Walaupun mereka masih muda, mereka telah melihat begitu banyak teknologi. Atas sebab ini, mereka menjadi “pendidik sendiri”, belajar benda baharu melalui usaha sendiri dalam video Youtube.
Selain itu, mereka telah melihat semua yang ada dalam web seperti yang berunsur keganasan dan lucah,
-Apa yang mereka lihat-
Menurut khidmat nasihat AS Sparks dan Honey, kebanyakan mereka yang dikategorikan sebagai Generasi Z-er menghabiskan lebih daripada tiga jam sehari depan skrin.
Facebook adalah racun utama mereka, walaupun ia popular di kalangan sesetengah rakyat Amerika. Foto di Instagram, mesej pantas di Snapchat. Twitter dan Tumblr juga turut menjadi racun kepada mereka.
Tetapi bukan semuanya pasif: Generasi Z juga melibatkan diri mereka di luar sana dalam Youtube atau “Pemblogan Video” (video blog), dengan harapan untuk menjadi “Fred” (Lucas Cruikshank) seterusnya, yang mencipta nama sejak umur 13.
Semua orang melayari web sambil menonton TV dan mereka berfikir bahawa segala-galanya mungkin dengan teknologi. Tetapi, mereka mempunyai tahap tumpuan yang singkat dan cenderung untuk membaca dengan betul, yang boleh memberi kesan buruk di sekolah.
-Generasi Z di tempat kerja-
Ini adalah generasi yang mahu mewujudkan syarikat mereka sendiri – antara 50 peratus dan 72 peratus mahu berbuat demikian
Idea “perniagaan” akan menyebabkan respon negatif: “Rumit” dan “kejam".
Mereka percaya kejayaan datang dari “perhubungan/rangkaian” dan bukan kelayakan dan juga mereka lebih suka organisasi sama rata untuk sebuah hierarki di tempat kerja.
Mereka ingin berjaya dan mencapai matlamat, dengan 76 peratus berhasrat untuk menggunakan hobi mereka menjadi kerja mereka.
-Masa depan Generasi Z-
Ini adalah anak-anak krisis dan ia menunjukkan dari tingkalaku mereka. Kebanyakan daripada mereka mengatakan bahawa mereka “tertekan” melihat masa depan yang suram, terutama dari segi ekonomi dan alam sekitar.
Diberi gaji yang sama, 25 peratus daripada Generasi Z di Perancis akan memilih syarikat yang paling “menyeronokkan”, 22 peratus paling inovatif dan 21 peratus paling beretika.
Tetapi seperti generasi idealistik yang lain, mereka ingin mengubah dunia dan berminat untuk kerja sukarela, di mana satu perempat daripada rakyat Amerika yang berumur lewat remaja telah mereka lakukan.

15:39
Vaksin HPV tidak menyebabkan risiko jangkitan kelamin: Kajian
Posted By Dennelton on Saturday, July 4, 2015 | 15:39
Walaupun kebimbangan di kalangan sesetengah ibu bapa, vaksin terhadap human papillomavirus (HPV) tidak menyebabkan risiko tingkah laku kepada remaja, juga tidak menaikkan kadar jangkitan kelamin, kata penyelidik Amerika Syarikat.
Penemuan oleh sepasukan pakar di Sekolah Perubatan Harvard dan Universiti California Selatan telah disiarkan dalam JAMA, sebuah Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan vaksin untuk pra-remaja dan remaja lelaki dan perempuan sebagai satu langkah mencegah HPV, yang tidak dapat dikesan dan menyebabkan kanser pangkal rahim, dubur, zakar, mulut dan tekak.
Tetapi hanya 38 peratus daripada remaja perempuan yang berumur 13-17 tahun di Amerika Syarikat telah menerima ketiga-tiga dos yang disyorkan pada tahun 2013, dan juga sedikit remaja lelaki telah disuntik, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Kadar vaksinasi telah perlahan-lahan meningkat sejak tahun 2006, pada masa vaksin itu diperkenalkan. Pada tahun 2013, para pegawai menerima data dan menunjukkan 57 peratus untuk perempuan dan 35 peratus untuk lelaki mendapat vaksin HPV dengan sekurang-kurangnya salah satu daripada tiga disyorkan telah disuntik, kata CDC.
Tetapi pakar ingin melihat vaksinasi pada kadar yang lebih tinggi.
“Sama seperti kita tidak menunggu sehingga kita terdedah cahaya matahari selama dua jam untuk menggunakan pelindung matahari, kita tidak seharusnya menunggu sehingga seseorang itu aktif secara seksual untuk cuba mencegah jangkitan HPV,” tulis Robert Bednarczyk dari Universiti Emory dan disertakan oleh pengarang.

health,
hot articles