Home » , , » Misteri perkataan ‘SDA’ di Masjid Bandaran

Misteri perkataan ‘SDA’ di Masjid Bandaran

Posted By Dennelton on Friday, August 14, 2015 | 02:40

Perhatikan gambar di sebelah kanan dan pastinya anda akan dapat melihat dengan jelas perkataan 'SDA' atau Seventh-day Adventist yang tertanam pada dinding menara masjid tersebut.

Misi Gereja Seventh-day Adventist di Kota Kinabalu sebelum Perang Dunia ll dan selepas Perang berakhir membeli tanah dan membina sebuah gereja di atas bukit yang kini terletak di Bandaran. Tulisan SDA yang jelas tertera pada bangunan ini diperbuat daripada bata kaca.

Bagaimanapun pada awal tahun 1960-an, kerajaan negara Sabah mahukan tapak gereja itu dan sebagai ganti memberi sebidang tanah di kawasan lain Kota Kinabalu. Apabila ia telah diambil alih oleh USIA, bangunan tersebut ditukar bentuk menjadi sebuah masjid.

Dalam proses menukar wajah bangunan ini ke arah lebih Islamik, kontraktor diupah untuk membuka bata kaca yang membentuk tulisan SDA. Walau bagaimanapun, ketika percubaan pertama pekerja binaan mengetuk kaca itu menggunakan (pahat), pahat yang dipegangnya DISAMBAR KILAT. Kontraktor yang diarah kemudiannya tidak mahu meneruskan kerja dan memberitahu semua orang tentang kejadian pelik yang berlaku.

Tidak lama kemudian, kontraktor lain diupah untuk menghapuskan tulisan 'SDA'. Namun, usaha kedua juga gagal apabila 'scaffolding' tempat lelaki itu berdiri patah secara tiba-tiba. Lelaki itu jatuh dari tempat yang tinggi lalu cedera dan tidak lagi mahu meneruskan kerja. Seperti kontraktor pertama, dia juga menceritakan kejadian aneh kepada semua orang.

Tidak terhenti di situ, usaha untuk menutup perkataan tersebut diteruskan dengan menanam pokok kelapa dengan tujuan untuk 'melindungi/menutup' perkataan itu. Tetapi setelah ketinggian pokok mencecah perkataan 'A', pokok kelapa 'mati' serta merta. Penanaman dibuat berulang kali namun tetap gagal apabila setiap pokok kelapa yang ditanam 'mati' setelah mencecah perkataan 'A'. Orang ramai yang menyedari kejadian tersebut semakin merasa pelik kerana pokok kelapa dan pokok kelapa sawit di sekitar pokok yang mati itu masih subur tanpa sebarang masalah.

Beberapa usaha lain juga dibuat seperti mengecat keseluruhan dinding bangunan itu termasuklah bata kaca SDA, namun cat yang menutup perkataan tersebut luntur dengan sendirinya dalam beberapa hari dan perkataan 'SDA' kelihatan jelas seperti sedia kala.

Sebenarnya ada juga yang mengatakan sudah ramai yang menemui ajal hanya kerana mencuba untuk membuka perkataan 'SDA' termasuklah mereka yang dipercayai mengamalkan ilmu 'mistik/hitam'.

Hinggalah hari ini, bata kaca SDA yang tertanam pada dinding menara masjid itu masih kekal dan
Kota Marudu Chinese Seventh-day Adventist Church.
tiada usaha lanjut untuk memadamkannya. Namun begitu, masjid ini masih digunakan sebagai tempat untuk penganut Islam beribadah. Dan tidak menimbulkan apa-apa masalah.

Ketika saya mengambil gambar masjid itu, saya berdiri di tapak perhentian teksi/bas dan beberapa pemandu teksi yang berada di situ menegur saya.

"Saya tahu kenapa kamu mengambil gambar masjid itu kerana kerajaan tidak dapat buka perkataan 'SDA' yang akan kekal sampai bila-bila.

“Sudah ramai yang tahu tentang cerita ini”, tambah mereka.
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

+ comments + 3 comments

December 20, 2018 at 10:36 PM

When God say No, Nobody can say yes, it the almighty power nobody can deny its..." God is good"

April 28, 2020 at 1:41 AM

I'm Christian, many Christian but Sda is the truth, no eat pork, worship on Saturday, umst sisa.. Many people want to hide the word of Sda but no can do this.. God is there..

April 29, 2020 at 6:45 PM

Ya I'm agree Sda.. Word is seventh say adventist

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger