Home » , , » Pelbagai tinggalan sejarah di Sandakan Heritage Trail

Pelbagai tinggalan sejarah di Sandakan Heritage Trail

Posted By Dennelton on Tuesday, December 1, 2015 | 18:56

St.Michael.
Masjid Jamik.
BERIBADAH di rumah ibadat yang berusia lebih dari seratus tahun dan menaiki ratusan anak tangga

Pernah dikenali dengan jolokan ‘bandar komuniti antarabangsa,’ bandar Sandakan, yang bermaksud ‘bandar yang dipajak gadai’ dalam bahasa Sulu, kini sedang giat dalam usaha untuk mengekalkan warisan sejarahnya.

Selaras dengan usaha memartabatkan warisan sejarah, Majlis Perbandaran Sandakan telah mengisytiharkan Sandakan Heritage Trail pada tahun 2003 dengan tujuan memelihara dan mengetengahkan aktiviti pelancongan tempatan.
Terdapat 11 tempat bersejarah utama yang disenaraikan dalam Sandakan Heritage Trail iaitu Masjid Jamik, Monumen William Pryer, Stairs with Hundred Steps, Agnes Keith’s House, Remains of Old Staircase, Kuil Kun Yam, Gereja St Michael and All Angels, Kuil Sam Sing Kung, Malaysian Fountain, Wisma Warisan dan Muzium Warisan Sandakan.

Pengerusi Sandakan Heritage Trail, Lai King Hang, menyatakan penubuhan tapak warisan itu penting untuk tatapan generasi akan datang. Oleh itu, Sandakan Heritage Trail ditawarkan dalam pakej pelancongan dengan harga yang berpatutan.

“The names might be sounding a bit classics but it will give you a better view of our past,” kata Lai ketika ditemui semasa siri jelajah Sandakan oleh Malaysian Tourism baru-baru ini.

Memulaikan penjelajahan dari Masjid Jamik yang berjaya terselamat daripada kemusnahan bom Perang Dunia Kedua (1942), kelihatan bekas tembakan peluru di serata dindingnya, sementara kerumunan umat muslim sedang khusyuk menunaikan ibadah solat Jumaat, terbit rasa rendah diri tehadap keagungan sang pencipta.

Beransur pergi meninggalkan perkarangan masjid dengan berjalan kaki selang sepuluh minit dari kawasan masjid, kelihatan monumen William Pryer. Terletak berhampiran dengan mahkamah Sandakan, tugu setinggi 6 kaki berwarna putih pudar itu telah dibina semula untuk memperingati jasa pelopor bandar Sandakan yang telah mati ketika berkhidmat. Terdapat dua lagi monument di samping monument William Pryer yang turut dibina sebagai peringatan kepada pahlawan.

100 Stairs.
Menoleh ke sebelah kanan monument kelihatan ratusan anak tangga yang dinamakan sebagai Stairs with 100 Steps. Mendakinya sememangnya melelahkan namun terasa seolah-olah sedang bercuti di negara China. Struktur tangga dan tembok tua diselaputi lumut hijau membuat ia terasa seperti sedang melewati denai tembok China.

Menurut Lai yang juga merupakan salah satu daripada keturunan pedagang asli dari China, tangga tersebut digunakan sebagai laluan oleh masyarakat dahulu untuk turun ke kawasan berjual-beli.

Mendaki lewat anak-anak tangga itu akan membawa pengunjung ke sebuah rumah teres bertingkat yang dikelilingi dengan taman dan di gerbangnya tertulis ‘Agnes Keith’s House’.

Agnes Keith’s House merupakan lambang kegigihan seorang wartawan wanita berbangsa Amerika yang rela berhijrah ke Borneo mengikuti suaminya, meninggalkan kemewahan hidup di kota raya.

Agnes Keith House.
Pengalaman Agnes Keith hidup bersama masyarakat Borneo telah mendorongnya untuk menulis beberapa buku seperti ‘Three Came Home’ dan buku yang mengilhamkan istilah ‘negeri di bawah bayu’ bertajuk ‘The Land Below the Wind.’

Rumah itu telah rosak ketika perang namun telah dibaiki semula mengikut reka bentuk asal dan di ruang tamu terletak sebuah peti sejuk antik, peti sejuk pertama di Borneo.

Dengan menaiki bas dari Agnes Keith’s House kira-kira sepuluh minit pengujung akan berpeluang melihat Remains of the Old Stairs dimana terdapat kuburan tertua di Sandakan.

Meneruskan perjalanan melewati Singapore Road, akan kelihatan bangunan berwarna-warni yang dikenali sebagai Kuil Kun Yam. Tiada rekod khusus yang disimpan namun kuil itu menjadi tumpuan ramai terutamanya masyarakat yang beragama Buddha.

Wisma warisan.
Warna-warni itu tidak berakhir di sana sahaja kerana mendaki sebuah bukit kecil, mengagumi pantulan ukiran jendela gereja St Michael & All Angels dan mendengar alunan piano memberikan satu perasaan damai dalam jiwa.

Dibina oleh tawanan perang berbangsa Australia, gereja itu merupakan gereja yang tertua di Sandakan dan masih melakukan acara kebaktian setiap Ahad dalam bahasa Melayu, English dan Cina.

Ramai mengatakan bahawa tempat-tempat bersejarah akan memberikan nasip yang baik namun apa yang terserlah sepanjang penjelejahan tersebut adalah betapa uniknya tinggalan sejarah yang ada di negeri kita.

Loceng tembaga berukiran tulisan Cina di kuil Sam Sing Kung, foto lama di Wisma Warisan dan pancuran air terjun ciptaan manusia di Malaysia Fountain dapat menyemarakkan semangat jiwa bangsa.

Dengan keluasan 875 kaki persegi, Sandakan menjamu pengunjung dengan santapan seni warisan sejarah tanah air. Namun persoalannya, sampai bilakah kemegahan warisan itu dapat dikekalkan?

Sam Sing Kung.
Disebalik rasa kagum anak muda ketika siri penjelajahan itu terdetik rasa terkilan. Hanya beberapa pengunjung yang kelihatan di serata lokasi Sandakan Heritage Trail.

Sayu hati melihat industri pelancongan tempatan seperti dipinggirkan. Dengan populasi Sabah yang berjumlah lebih dari 3 juta, tidak mustahil tempat-tempat menarik seperti yang ada di Sandakan Heritage Trail akan hilang ditelan zaman.

Justeru itu, tertanam hasrat sang anak muda, untuk melihat lebih ramai pengunjung akan datang berkunjung khususnya menjelang cuti persekolahan dan perayaan Krismas tidak lama lagi.

yang dibina sebelum zaman Perang Dunia Kedua merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan, khususnya buat anak muda yang baru mulai mengenal erti kehidupan.

Oleh Vesta Vanessa Jsol
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger