Home » , » Ketahui punca masalah rumah tangga dan cara atasinya

Ketahui punca masalah rumah tangga dan cara atasinya

Posted By Dennelton on Friday, February 16, 2018 | 23:36

"HIDUP BERUMAH TANGGA"
(Keberhasilan dalam hal berkeluarga 'suami isteri' Kristian yang seturut kehendak Allah.)

Para suami isteri yang dikasihi dalam Yesus, pertengkaran dalam rumah tangga sering timbul kerana:

KEGAGALAN SUAMI:
  1. Suami tidak berfungsi menjadi imam dalam keluarga, akibatnya hidup keluarganya diisi dengan saling melukai.
  2. Suami gagal menjadikan isteri sebagai prioritas dalam hidupnya.
  3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
  4. Suami kurang disiplin mengawal emosi dan punya kebiasaan buruk.
  5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang telah dilakukan oleh isteri.
  6. Suami selalu menolak pendapat isteri.
  7. Suami tidak pernah minta maaf pada isteri.
KEGAGALAN ISTERI:
  1. Isteri tidak menghargai suami sebagai imam dalam keluarga.
  2. Isteri gagal menundukkan diri kepada suami.
  3. Isteri gagal menampilkan ekspresi dari kehidupan iman Kristiani yang dipimpin oleh Roh Kristus.
  4. Isteri gagal menunjukan rasa syukurnya kepada suami.
  5. Saling memenuhi keperluan pasangan adalah asas kebahagian.
KEPERLUAN SEORANG SUAMI:
  1. Isteri sebagai penolong hidupnya.
  2. Rumah yang tertata rapi.
  3. Isteri yang penampilannya menarik.
  4. Saling menghargai.
KEPERLUAN SEORANG ISTERI:
  1. Kasih sayang dan penghargaan.
  2. Diajak bicara.
  3. Jujur dan terbuka.
  4. Kewangan yang cukup.
  5. Komitmen terhadap keluarga.
*I N G A T !!*

👉🏻 Ketua keluarga yang berhasil dalam membina keluarganya akan diikuti dengan keberhasilan lain dalam hidupnya. Ketua keluarga yang gagal dalam membina keluarganya akan diikuti dengan kegagalan lain dalam hidupnya.

👉🏻Kebahagiaan perkawinan membutuhkan perjuangan yang tidak kenal lelah, dan membutuhkan kehadiran dan pertolongan Tuhan.

*Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang rukun dan damai, meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.* 💑

👉🏻Belaian tangan suami, bagaikan angin sorga bagi isteri.

👉🏻Senyum manis seorang isteri bagaikan permata bagi suami.

👉🏻Kesetiaan suami bagaikan mahkota kehidupan bagi sang isteri.

👉🏻Perbaikilah apa yang sepatutnya diperbaiki sekarang sebelum terlambat.

👉🏻Cintailah pasangan yang telah Tuhan berikan kepada mu..!!

Hendaklah suami memenuhi kewajibannya terhadap isterinya, demikian pula isteri terhadap suaminya. (1 Korintus 7:3)

Isteri tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi suaminya, demikian pula suami tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi isterinya. (1 Korintus 7:4)

Tuhan Yesus memberkati pernikahan dan membenci penceraian... Amen!
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger