Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Marudu yang juga penyelaras program, Jacktah Emmy Gipin berkata, objektif kempen tersebut khasnya adalah untuk membantu Hospital Lotong Kota Marudu mengumpul bekalan darah yang diperlukan dalam sebulan.
“Kita difahamkan bahawa Unit Transfusi Darah Hospital daerah ini memerlukan stok darah sekurang-kurangnya 200 pain dalam sebulan bagi membantu pesakit Talasemia seramai 120 orang dan selebihnya untuk kegunaan kecemasan,” katanya ketika memberi ucapan perasmian.
Beliau turut berharap komitmen berterusan daripada semua pihak terutama para penderma untuk membantu pihak hospital menampung keperluan itu.
Menurut Juruteknik Tabung Darah, Jaimon Majumba, pihak hospital sering kekurangan bekalan darah dan tidak pernah mencukupi.
Oleh itu, ujarnya, program sedemikian adalah sangat membantu pihak hospital.
Selain program derma darah, beberapa acara termasuk cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan fesyen kanak-kanak dijalankan untuk memeriahkan lagi suasana kempen. OLEH KETUA PENERANGAN AMK P.168
Post a Comment
Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!