Latest Post

6 perkara perlu tahu tentang Coronavirus (Covid-19)

Posted By Dennelton on Tuesday, March 17, 2020 | 10:49

Sila betulkan fahaman anda :

๐Ÿ’ Coronavirus (Covid-19) ialah VIRUS, bukan bakteria.
๐ŸŒธ Hand sanitizer atau tisu basah anti-bakteria tidak akan membunuh atau merencat virus tersebut.

๐Ÿ’ Covid-19 boleh dibasmi dengan alkohol berkepekatan tinggi (70%+).
๐ŸŒธ Hand sanitizer mesra wudhu yang tidak mengandungi alkohol tidak akan membantu membunuh covid-19.

๐Ÿ’ Covid-19 mempunyai lapisan lemak yang boleh dilarutkan dengan sabun dan air.
๐ŸŒธ Membasuh tangan dengan sabun dan air selama 20 saat adalah lebih baik dari menggunakan sanitizer, dan berwuduk sahaja tidak cukup. Pastikan tangan dibasuh dengan sabun sebelum mula berwuduk.
๐ŸŒธ Apa jenis sabun pun boleh digunakan. Sabun antibakteria, sabun buku, sabun basuh baju pun boleh kecuali softlan.

๐Ÿ’ Covid-19 merebak lebih cepat melalui sentuhan permukaan tercemar.
๐ŸŒธ Pakai surgical mask hanya jika anda sakit dan berisiko (dalam kuarantin). Pemakaian penutup hidung dan mulut bagi orang sihat kurang membantu mengekang penyebaran virus ini. Penggunaan surgical mask ini hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan ketika anda menyentuh kawasan muka. 
๐ŸŒธ Pemakaian surgical mask bagi orang sihat akan meningkatkan lagi risiko jangkitan bakteria di ruang pernafasan, terutama ketika nafas meruap kepada peluh.

๐Ÿ’ Covid-19 adalah novel virus yang belum ada vaksin (setakat 17 Mac 2020), sistem imuniti tubuh pesakit mencipta imuniti sendiri untuk melawan virus ini dengan bantuan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital.
๐ŸŒธ Vitamin tambahan boleh membantu menguatkan imuniti tubuh TAPI kekuatan sistem imuniti bergantung kepada banyak faktor, seperti genetik dan gaya hidup.
๐ŸŒธ Pengambilan vitamin berlebihan atau megadose terutama vitamin C, D dan Kalsium TIDAK akan membantu anda menjadi lebih kuat berbanding orang yang cuma makan buah oren 3 biji sehari. Malah, anda berisiko mengalami masalah hati dan buah pinggang jika terus mengamalkan megadose pada jangka masa yang lama, ataupun air kencing anda kaya dengan segala nutrien yang tubuh anda tidak perlu. (Vitamin C yang diperlukan oleh badan cuma 100mg sehari)

๐Ÿ’ Cecair antiseptic adalah bahan anti bakteria dan kuman, mungkin juga virus, tapi bukan berasaskan alkohol dan sabun.
๐ŸŒธ Kepekatan 2:8 untuk homemade sanitizer adalah sangat tidak praktikal.
๐ŸŒธ Tanpa alkohol yang tinggi dan sabun, covid-19 masih mampu bertahan atas permukaan kulit anda selama 10 minit.
Info lanjut layari NSW Health

Aplikasi bantu merekod jualan kelapa sawit bulanan

Posted By Dennelton on Wednesday, April 3, 2019 | 13:47

Perisian aplikasi ini dalam format EXE direka khas untuk merekod data jualan kelapa sawit bulanan. Anda hanya perlu mengubah tajuk graf "Sales 2018 (Example)" dan memasukkan data di dalam ruangan "1st Sales (KG), 2nd Sales (KG), 1st Sales (RM/Tonne) dan 2nd Sales (RM/Tonne)".

Aplikasi ini juga direka untuk "satu aplikasi satu komputer" sahaja, bermaksud jika anda mahu menggunakan dua komputer atau laptop anda perlu membeli dua kod aktivasi.

Sebelum dimuat naik, aplikasi ini diimbas oleh Kaspersky Internet Security dan tidak ada pemasangan (installation) anda hanya perlu Unrar file tersebut

Tempoh percubaan hanya dalam masa kira-kira 24 jam. Sekirannya berminat anda boleh hubungi menerusi WhatsApp 0138520421 atau alamat emel tvokms@gmail.com. Terima kasih.




Harga kod aktivasi (unlimited version) hanya US$2.99!

Pembelian melalui :
Maybank - 160296003305
Paypal - den_goshen7000@yahoo.com



RAR Password : www.tvokm.com

Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Sabah anjur program derma darah di Kota Marudu

Posted By Dennelton on Sunday, February 3, 2019 | 10:15


TURUT HADIR …. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Maikolon Mamindong (empat kiri), Pengerusi Pendarah Kota Marudu, Mohd Zahir (lima kiri), bersama Ketua Wanita PKR, Jacktah Emmy Gipin (lapan kiri) dan Timbalan Ketua Wanita, Jupira Rasat (sembilan kiri).
KOTA MARUDU: Program derma darah anjuran Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Sabah dan Sabah Welfare Society dengan kerjasama Hospital Lotong serta Gabungan Belia Kota Marudu yang diadakan di perkarangan Dewan Komuniti hari ini (3 februari 2019) dapat sambutan menggalakkan.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Marudu yang juga penyelaras program, Jacktah Emmy Gipin berkata, objektif kempen tersebut khasnya adalah untuk membantu Hospital Lotong Kota Marudu mengumpul bekalan darah yang diperlukan dalam sebulan.

“Kita difahamkan bahawa Unit Transfusi Darah Hospital daerah ini memerlukan stok darah sekurang-kurangnya 200 pain dalam sebulan bagi membantu pesakit Talasemia seramai 120 orang dan selebihnya untuk kegunaan kecemasan,” katanya ketika memberi ucapan perasmian.

Beliau turut berharap komitmen berterusan daripada semua pihak terutama para penderma untuk membantu pihak hospital menampung keperluan itu.

Menurut Juruteknik Tabung Darah, Jaimon Majumba, pihak hospital sering kekurangan bekalan darah dan tidak pernah mencukupi.

Oleh itu, ujarnya, program sedemikian adalah sangat membantu pihak hospital.

Selain program derma darah, beberapa acara termasuk cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan fesyen kanak-kanak dijalankan untuk memeriahkan lagi suasana kempen. OLEH KETUA PENERANGAN AMK P.168

10 taufan paling ganas dalam sejarah dunia

Posted By Dennelton on Sunday, December 16, 2018 | 15:49

10. Taufan Vera (1959) -190 mph (305 km/h)

Taufan Vera (Taufan Isewan) yang melanda Jepun pada 20 September dan berlangsung selama sembilan hari telah membantut pertumbuhan ekonomi Jepun yang ketika itu masih dalam pemulihan selepas perang dunia kedua. Kerosakan ini dianggarkan bernilai AS$600 juta dan membunuh 5,098 orang. Ketika inilah sistem bantuan dan pengurusan bencana Jepun mula ditubuhkan.

9. Taufan Allen (1980) -305 km/h

Taufan Allen yang melanda Caribbean, timur dan utara Mexico, dan selatan Texas pada Ogos 1980
telah menyebabkan kerosakan bernilai AS$3.6 bilion dan mengorbankan seramai 290 orang. Taufan ini berlangsung selama 11 hari dan membawa angin kencang sehingga 190 mph (305 km/h). Allen juga menghasilkan beberapa tornado dan ombak setingga 12 kaki di sepanjang pantai Texas.

8. Taufan Tip (1979) -305 km/h (190 mph)

Taufan Tip, dikenali di Filipina sebagai Taufan Warling, terbentuk ketika musim monsun pada 4 Oktober berhampiran Pohnpei dan membawa angin maximum 305 km/h (190 mph) selepas melalui Guam. Tip, yang mampu bertahan selama 20 hari, menjejaskan beberapa kawasan termasuk di Filipina, Korea, Jepun, China, Russia dan Alaska. Ia menyebabkan 13 terbunuh dan mencederakan 68 anggota marin di kem Fiji di Jepun manakala di tempat lain 42 kematian akibat banjir dan 44 terbunuh atau hilang disebabkan kapal karam. Jumlah kerugian akibat taufan ini dianggarkan sebanyak berjuta-juta dolar.

7. Taufan Joan (1959) -315 km/h (195 mph)

Taufan Joan pada mulanya dikelaskan sebagai ribut tropika apabila terbentuk di Pasifik Barat pada 25 Ogos sebelum membawa angin kencang sehingga 314 km/h (195 mph) pada 29hb ketika menghampiri Taiwan. Joan menyebabkan banjir besar dan membunuh kira-kira 11 orang serta menimbulkan kerugian sebanyak AS$3 juta dalam sektor pertanian. Kerosakan harta benda juga teruk, dengan 3,308 rumah dimusnahkan dan di China sekurang-kurangnya 3 orang terbunuh dan 57 cedera. Taufan ini bertahan selama enam hari.

6. Taufan Kit (Emang) (1966) -315 km/h (195 mph)

Taufan Kit mula terbentuk pada 20 Jun berhampiran Negeri Chuuk di Micronesia dan berakhir pada 29 Jun selepas membadai Jepun. Kit (Emang) mencetuskan kejadian tanah runtuh dan banjir yang buruk. Sebanyak 433 daripada kira-kira 128,000 rumah yang terjejas telah musnah dan sekurang-kurangnya 64 orang terbunuh manalaka 19 disenaraikan hilang.

5. Taufan Meranti (2016) -315 km/h (195 mph)

Taufan Meranti, dikenali di Filipina sebagai Taufan Ferdie, telah membadai tiga negara iaitu Filipina, Taiwan dan China. Meranti mula terbentuk pada 8 September di pulau Guam dan bertahan selama sembilan hari. Pada 13 September taufan ini mencapai angin maximum selaju 195 mph (315 km/h) dan mengundang kerugian sebanyak AS$4.8 bilion serta mengorbankan sekurang-kurangnya 47 orang.

4. Taufan Ida (1958) -325 km/h (200 mph)

Taufan Ida, juga dikenali sebagai Taufan Kanogawa, terbentuk di Pacifik Barat berhampiran Guam pada 20 September dan berlangsung selama 10 hari. Ia membawa hujan lebat di selatan Jepun sehingga menyebabkan 1,900 kejadian tanah runtuh. Kerugian dianggarkan sebanyak AS$50 juta dan kematian sekurang-kurangnya 1,269 orang. Ida mencapai angin maximum 325 km/h (200 mph).
3. Taufan Violet (1961) -335 km/h (205 mph)

Pembentukan taufan Violet pada mulanya dikesan di barat daya pulau Marcus di Pasifik pada 2 Oktober. Lima hari kemudian Violet mencapai kelajuan maximum sehingga 205 mph (335 km/h) ketika bergerak ke arah Jepun dan bertahan selama 8 hari. Bagaimanapun kerosakan dan kematian akibat taufan ini masih tidak jelas.


2. Taufan Patricia (2015) -345 km/h

Taufan Patricia pada mulanya terbentuk berhampiran Teluk Tehuantepec, selatan Mexico, pada 20 Oktober 2015 sebelum mencapai angin selaju 345 k/mh (215 mph). Taufan ini menyebabkan kerugian sebanyak AS$450 juta tetapi hanya mengorbankan 6-8 orang sahaja. Patricia berakhir selepas empat hari membadai.

1. Taufan Nancy (1961) -345 km/h

Taufan Nancy adalah siklon tropika paling kuat yang pernah dicatatkan di dunia. Ia menyebabkan kerosakan bernilai AS$500 juta dan membunuh sekurang-kurangnya 191 serta mencederakan beribu-ribu orang di Jepun pada September 1961. Nancy bertahan selama 15 hari dan membawa angin maximum 215 mph (345 km/h).

Selami erti perkahwinan

Posted By Dennelton on Sunday, February 18, 2018 | 01:19

PERKAHWINAN itu bukanlah cuba-cuba dan suka-suka...
TAPI ia adalah satu AMANAH yang berat...

PERKAHWINAN itu perlu persediaan...
BUKAN sekadar melayan perasaan...

PERKAHWINAN itu untuk mengajar erti menerima kekurangan...
BUKAN sekadar menerima kelebihan...

PERKAHWINAN untuk jangka masa yang panjang...
BUKAN jangka masa yang pendek...

PERKAHWINAN itu juga mengajar kita erti menerima dan memberi...
BUKAN sekadar menyarung cincin di jari...

PERKAHWINAN itu hanya sekadar mimpi...
JIKA tiada kesungguhan di hati...

PERKAHWINAN itu bukanlah hanya satu pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama...
TAPI ianya perlu dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan...

PERKAHWINAN itu juga bukanlah fantasi...
TAPI ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman...

Sesuatu keputusan tentang PERKAHWINAN itu perlu dibuat atas timbangan kematangan, kedewasaan dan dipandu dengan iman di hati.
.
Fikirkanlah keperluan...
Renungkanlah kemampuan...
sebelum, semasa dan selepas BERKAHWIN.
Recent Comments

 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger