Penyelidik di jurnal PLOS ONE memberi tumpuan pada 12 serigala di Taman Tama Zoologi di Tokyo, Jepun.
Ahli-ahli saintis memerhati tingkah laku serigala selama 254 jam sepanjang lima bulan, melihat apa yang akan berlaku apabila salah satu daripada serigala menguap dekat dengan serigala yang lain.
“Menguap berlaku lebih kerap apabila terdedah pada” serigala yang lain, menurut kajian itu.
“Serigala mempunyai kecenderungan untuk menguap apabila rakan serigala yang lain kerap kali menguap.”
Walaupun kajian tersebut melibatkan sebilangan kumpulan kecil serigala, penyelidik berkata, penemuan ini memberikan bukti awal bahawa menguap dikaikan dengan kapasiti serigala untuk empati.
Mungkin lebih banyak lagi spesies mempunyai empati dari apa yang difikirkan sebelum ini, kata ketua penulis Teresa Romero, seorang penyelidik dari Universiti Tokyo.
“Serigala, mempunyai persamaan dengan anjing, menguap berjangkit antara individu, terutamanya rakan terdekat,” katanya.
“Keputusan ini menunjukkan bahawa menguap berjangkit adalah sifat nenek moyang yang sama dikongsikan oleh mamalia yang lain dan keupayaan seperti itu mendedahkan hubungan emosi antara individu."
Post a Comment
Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!