Home » , » Perut Sakit kerana Angin

Perut Sakit kerana Angin

Posted By Dennelton on Tuesday, September 1, 2015 | 08:28

Penimbunan atau pengumpulan gas yang berlebihan dalam perut dan di dalam usus.

Hidroterapi
  1. Buatlah pendemahan pada perut, 2 kali sehari. Lihat cara pada halaman 90.
  2. Kompres turpentin, 2 kali sehari. Lihat cara pada halaman 94.
  3. Kompres panas pada perut, satu malam. Lihat cara pada halaman 100.
  4. Memasukkan tiub melalui dubur ("anus"), jika sakit betul pada bayi.
Pengubatan dengan tanaman herba

1. Daun Kekwa (Chrysanthemum Indicum L.)
Tumbuk atau cincang daun Kekwa dan campur dengan minyak kelapa.
Gosok campuran minyak pada perut dan kenakan kain pembalut perut. Biarkan kain pembalut semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.

2. Kunyit (Curcuma Domestica Valet)
Cincang dan rebus sepenggal kunyit, 5 cm besarnya di dalam 2 gelas air selama 10 minit.

Takaran: 
Orang dewasa : 1 cawan, setiap 4 jam.
Anak-anak : (Bayi) 1 sudu makan setiap 4 jam,
  • (2-6 thn) 1/4 cawan, setiap 4 jam. 
  • (7-12 thn) ½ cawan, setiap 4 jam.
3. Daun Pudina (Mentha cordifolia Opiz)
Rebus satu sudu makan daun pudina kering atau 5 helai yang segar dan dicincang di dalam 1 gelas air selama 5 minit.

Takaran:
Orang dewasa: 1 gelas, setiap 4 jam.
Anak-anak: (Bayi) 1 sudu makan, setiap 4 jam
  • (2-6 thn) ¼ cawan, setiap 4 jam.
  • (7-12 thn) 1 cawan, setiap 4 jam.
~Tanaman Herba Penyembuh Ajaib~
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger