Latest Post
23:36
๐ป Ketua keluarga yang berhasil dalam membina keluarganya akan diikuti dengan keberhasilan lain dalam hidupnya. Ketua keluarga yang gagal dalam membina keluarganya akan diikuti dengan kegagalan lain dalam hidupnya.
๐ปKebahagiaan perkawinan membutuhkan perjuangan yang tidak kenal lelah, dan membutuhkan kehadiran dan pertolongan Tuhan.
๐ปBelaian tangan suami, bagaikan angin sorga bagi isteri.
๐ปSenyum manis seorang isteri bagaikan permata bagi suami.
๐ปKesetiaan suami bagaikan mahkota kehidupan bagi sang isteri.
๐ปPerbaikilah apa yang sepatutnya diperbaiki sekarang sebelum terlambat.
๐ปCintailah pasangan yang telah Tuhan berikan kepada mu..!!
Isteri tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi suaminya, demikian pula suami tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi isterinya. (1 Korintus 7:4)
Ketahui punca masalah rumah tangga dan cara atasinya
Posted By Dennelton on Friday, February 16, 2018 | 23:36
(Keberhasilan dalam hal berkeluarga 'suami isteri' Kristian yang seturut kehendak Allah.)
Para suami isteri yang dikasihi dalam Yesus, pertengkaran dalam rumah tangga sering timbul kerana:
KEGAGALAN SUAMI:
- Suami tidak berfungsi menjadi imam dalam keluarga, akibatnya hidup keluarganya diisi dengan saling melukai.
- Suami gagal menjadikan isteri sebagai prioritas dalam hidupnya.
- Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
- Suami kurang disiplin mengawal emosi dan punya kebiasaan buruk.
- Suami gagal memuji hal-hal kecil yang telah dilakukan oleh isteri.
- Suami selalu menolak pendapat isteri.
- Suami tidak pernah minta maaf pada isteri.
KEGAGALAN ISTERI:
- Isteri tidak menghargai suami sebagai imam dalam keluarga.
- Isteri gagal menundukkan diri kepada suami.
- Isteri gagal menampilkan ekspresi dari kehidupan iman Kristiani yang dipimpin oleh Roh Kristus.
- Isteri gagal menunjukan rasa syukurnya kepada suami.
- Saling memenuhi keperluan pasangan adalah asas kebahagian.
KEPERLUAN SEORANG SUAMI:
- Isteri sebagai penolong hidupnya.
- Rumah yang tertata rapi.
- Isteri yang penampilannya menarik.
- Saling menghargai.
KEPERLUAN SEORANG ISTERI:
- Kasih sayang dan penghargaan.
- Diajak bicara.
- Jujur dan terbuka.
- Kewangan yang cukup.
- Komitmen terhadap keluarga.
*I N G A T !!*
*Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang rukun dan damai, meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.* 
Hendaklah suami memenuhi kewajibannya terhadap isterinya, demikian pula isteri terhadap suaminya. (1 Korintus 7:3)
Isteri tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi suaminya, demikian pula suami tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi isterinya. (1 Korintus 7:4)
Tuhan Yesus memberkati pernikahan dan membenci penceraian... Amen!
Labels:
idea,
idea-story
23:27
Puluhan bayi mati akibat kurang nutrisi, campak di Papua tahun 2017
Posted By Dennelton on Sunday, January 21, 2018 | 23:27
Puluhan bayi meninggal dunia di wilayah paling timur Indonesia di Papua akibat kekurangan zat makanan dan campak tahun lalu, menekankan kekurangan rawatan perubatan di kawasan pedalaman.
Jumlah kematian yang tinggi berlaku selepas Presiden Joko Widodo berikrar pada tahun 2014 mengumumkan untuk meningkatkan infrastruktur di pulau itu yang dikongsi bersama dengan Papua New Guinea.
Sekurang-kurangnya setakat permulaan tahun ini 59 kanak-kanak meninggal dunia akibat campak dan kekurangan zat makanan di wilayah Asmat, yang sangat memerlukan doktor, kata seorang jurucakap tentera Papua, Muhammad Aidi.
Sebagai respons, tentera mengarahkan pasukan perubatan dan kakitangan tambahan untuk membekalkan penduduk kampung dengan vaksin, ubat, peralatan perubatan dan makanan berkhasiat, tambah Aidi.
Kira-kira 129,000 orang tinggal di Asmat, sebuah kawasan berpayah mempunyai sungai yang hanya boleh dilalui menggunakan helikopter dan bot dari ibu kota Papua di Jayapura.
“Wilayah ini terpisah dari bahagian lain di Papua kerana kekurangan infrastruktur,” kata Aidi.
Indonesia menakluki Papua yang kaya sumber asli pada tahun 1960-an, tetapi ia masih sebuah negara tidak membangun.

hot articles
18:33
Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.
Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat kepada suami kita kerana hidup ini hanya seketika.
Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa disangka.
Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita kerana kematian itu tidak mengira masa dan usia.
Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik.
Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. Maafkan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain kerana kematian itu sangat rapuh.
Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.
Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan dan perpisahan itu adalah dengan kematian.
Hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.
Maka...
Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat 'meninggalkan' dunia yang fana ini.

Jangan bertangguh, hidup ini hanya seketika
Posted By Dennelton on Saturday, January 6, 2018 | 18:33
Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat kepada suami kita kerana hidup ini hanya seketika.
Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa disangka.
Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita kerana kematian itu tidak mengira masa dan usia.
Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik.
Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. Maafkan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain kerana kematian itu sangat rapuh.
Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.
Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan dan perpisahan itu adalah dengan kematian.
- Apabila ayah kamu meninggal dunia, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.
- Apabila ibu kamu meninggal dunia, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya.
- Apabila abang kamu meninggal dunia, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.
- Apabila kakak kamu meninggal dunia, maka hilanglah senyuman kasihnya.
- Apabila adik kamu meninggal dunia, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.
- Apabila pasangan kamu meninggal dunia, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.
- Apabila sahabat kamu meninggal dunia maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulusnya.
Hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.
Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.
Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.
Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.
Maka...
Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu bila kita akan berangkat 'meninggalkan' dunia yang fana ini.
Labels:
idea,
idea-story
01:10
Hampir 70 saluran media ditutup di Venezuela tahun 2017
Posted By Dennelton on Friday, January 5, 2018 | 01:10
Venezuela menyaksikan hampir 70 akhbar, stesen TV dan radio ditutup tahun 2017 manakala serangan terhadap wartawan meningkat, kata Kesatuan Kebangsaan Pekerja Media (SNTP).
Sebanyak 46 stesen radio, tiga saluran televisyen dan kira-kira 20 akhbar ditutup tahun 2016.
Kesatuan itu juga mencatatkan sebanyak 498 serangan terhadap wartawan dan 66 tangkapan.
Ia menyifatkan usaha kerajaan Presiden Nicolas Maduro untuk “menutup ketidakpuasan mengenai keadaan ekonomi dan sosial yang semakin buruk,” termasuk hiperinflasi dan kekurangan barangan asas seperti makanan dan ubat-ubatan.
Jumlah serangan ke atas wartawan meningkat 26.5 peratus pada 2016, selepas 360 tindakan agresif terhadap pekerja media dicatatkan, kata kesatuan itu.
Kebanyakan serangan berlaku semasa demonstrasi jalanan anti-kerajaan antara bulan April dan Jun, yang mengorbankan 125 orang, kata SNTP. Ia juga mengatakan bahawa kira-kira 70 peratus daripada kematian disebabkan tindakan oleh pihak polis atau angkatan bersenjata.
Maduro dan pembantunya telah mengecam media tempatan dan antarabangsa yang dikatakannya menjalankan “kempen kotor” dan “propaganda perang” untuk menyasar kerajaan.
Penyiar terpaksa untuk menutup siarannya selepas lesen mereka tamat tempoh dan tidak dikeluarkan semula, sementara banyak akhbar tidak dapat membeli kertas, yang pengedarnya diuruskan oleh syarikat dikawal oleh kerajaan.
Akhbar-akhbar yang dapat mengekalkan operasi terpaksa memotong jumlah halaman dan cetakan, kata kesatuan itu.
Operasi media antarabangsa juga bergelut tindakan kerajaan; Siaran bahasa Sepanyol CNN, serta saluran dari kejiranan Colombia, telah dikeluarkan daripada pakej atas perintah rejim Maduro.

Sumber AFP
Labels:
hot articles
17:56
Wilayah Amerika Latin, Caribbean paling ganas di dunia bagi wanita: PBB
Posted By Dennelton on Monday, November 27, 2017 | 17:56
Amerika Latin dan Caribbean adalah wilayah yang paling ganas di dunia bagi wanita, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekankan Amerika Tengah dan Mexico sebagai negara paling berbahaya.
Dalam satu laporan dikemukakan di Panama, Wanita PBB dan Program Pembangunan PBB (UNDP) mendapati serangan terhadap wanita masih berterusan di wilayah itu walaupun terdapat undang-undang yang membendung kejadian tersebut.
“Isu keganasan terhadap wanita di Amerika Latin adalah kritikal. Ia adalah wilayah yang paling ganas di dunia terhadap wanita di luar konteks konflik,” kata Eugenia Piza Lopez, ketua misi jantina UNDP di Amerika Latin.
Kadar keganasan seksual terhadap wanita di luar hubungan adalah tertinggi di dunia di wilayah itu, menurut laporan yang dinyatakan.
Tiga daripada 10 negara dengan kadar rogol tertinggi terhadap wanita adalah di Caribbean, katanya.
Femicide – pembunuhan ke atas wanita – berlaku pada skala “yang tinggi” di Amerika Tengah, menjelaskan bahawa dua daripada tiga wanita dibunuh kerana jantina mereka.
“Di beberapa negara ia menjadi krisis yang teruk. Di Northern Triangle (Honduras, El Salvador dan Guatemala) dan Mexico isu pembunuhan dan keganasan terhadap wanita telah mencapai tahap epidemik, dalam banyak kes dikaitkan jenayah terancang,” kata Piza-Lopez.
Northern Triangle Amerika Tengah dianggap kawasan paling berbahaya di dunia di luar zon perang, kebanyakannya kerana diselubungi kekejaman kartel dadah dan kumpulan jenayah yang lain.
Laporan PBB menyatakan bahawa 24 daripada 33 negara di Amerika Latin dan Caribbean mempunyai undang-undang terhadap keganasan domestik, tetapi hanya sembilan daripadanya telah meluluskan undang-undang yang menangani pelbagai bentuk keganasan lain terhadap wanita.
Walaupun langkah-langkah telah diambil, keganasan terus menjadi ancaman kepada hak asasi manusia, kesihatan dan keselamatan awam.
PBB mencadangkan supaya mengukuhkan institusi dan dasar di wilayah itu, serta memperuntukkan sumber untuk memperkasakan wanita. Ia juga menasihatkan bahawa norma budaya “patriarki” yang mengekalkan ketidaksamaan jantina perlu ditangani.
Laporan tersebut menambah bahawa satu pertiga daripada wanita di seluruh dunia menjadi mangsa keganasan dalam hubungan mereka atau keganasan seksual oleh orang-orang di luar hubungan mereka.