Home » , » Saintis berjaya temui kaedah manipulasi emosi dalam memori

Saintis berjaya temui kaedah manipulasi emosi dalam memori

Posted By Dennelton on Friday, September 4, 2015 | 08:58

Emosi yang dihubungkan ke memori boleh ditulis semula, menjadikan peristiwa buruk pada masa lampau suatu peristiwa yang mengembirakan dan perkara-perkara yang baik menjadi buruk, kajian ahli saintis dari Jepun dan Amerika Syarikat.

Penemuan mekanisme dalam proses itu membantu menjelaskan lagi kuasa rawatan psikoterapi yang terkini untuk penyakit mental seperti kemurungan atau Post Traumatic Stress Disorder (PTSD), kata mereka, dan boleh menawarkan kaedah baharu untuk bantuan psikiatri.

“Penemuan ini mengesahkan kejayaaan psikoterapi masa kini (2014), dengan mendedahkan mekanisme yang mendasarinya,” kata ketua penyelidikan Susumu Tonegawa di Tokyo.

Pasukan itu terbentuk dari kerjasama antara institut RIKEN di Jepun dan Institut Teknologi Massachusetts di Amerika Syarikat, menggunakan optogenetik, teknologi kawalan otak terbaru yang menggunakan cahaya, untuk lebih dapat mengetahui/memahami apa yang berlaku apabila kita mengenangkan sesuatu perkara.

Mereka mendapati bahawa perasaan senang atau takut ditimbulkan interaksi antara hippocampus, ruang diari otak - dan amygdala - tempat yang dipercayai mengolah ingatan positif atau negatif - adalah lebih fleksibel dari apa yang kita fikirkan sebelum.

“Ia bergantung bagaimana kuatnya (aspek baik atau buruk) menguasai....terdapat persaingan antara hubungan dua litar kekuatan,” kata Tonegawa.

Para penyelidik menyuntik dua kumpulan tikus jantan dengan protein alga yang sensitif terhadap cahaya.

Ini membolehkan mereka mengenal pasti pembentukan memori baharu dan kemudian menggunakan protein tersebut untuk mengaktifkan semula ingatan melalui cahaya jika mereka mahu.

Ketika satu kumpulan tikus dibiarkan bermain dengan tikus betina untuk mencipta memori baharu yang positif, kumpulan lain mendapat renjatan elektrik yang membentuk ingatan buruk.
Share this article :
The Editor

I'm Dennelton from Sabah, editor of www.tvokm.com. I am a blogger since 2008, i have a great interest about blogging and seeking additional income through the internet. Follow me with like our official Facebook Page HERE

Post a Comment

Hello there, we are welcome all kinds of thoughts-supportive, opposed, critical or otherwise but before you add comment please use English, Indonesian and Malay language. Thank You!
 
Support : Policies | Contact | About
DMCA.com Copyright © 2013-2019. TVOKM - All Rights Reserved
Designed by Maskolis | Modified by
Proudly powered by Blogger